Utusan Borneo (Sarawak)

SAPA, enam NGO mahu penilaian psikiatri dilakukan ke atas Alister

-

Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) bersama enam lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan mahu penilaian psikiatri dilakukan ke atas Alister Cogia, 22, sebelum dijatuhi hukuman.

Penyelaras Pemantauan Perjanjian Malaysia 1963 SAPA Alim GA Mideh yang mewakili NGO itu berkata, Alister mengalami masalah tingkah laku sejak kecil dan memerlukan nasihat serta terapi psikiatri menyebabka­n dia perlu diletakkan di bawah pemerhatia­n bagi menentukan status mentalnya.

Alister dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM50,000 bagi 10 pertuduhan kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad dalam akaun Facebook miliknya. Hukuman penjara dilaksanak­an secara berturutan.

Menurut Alim, Alister juga sering mengurung diri di dalam bilik dan ada kalanya tidak senang dengan kehadiran orang di sekeliling­nya.

“Adakalanya dia bertindak agresif, menyumpah ( memaki) sesiapa sahaja yang lalu berhampira­n rumahnya, ada masanya dia tenang dan bersikap baik.

“Daripada tiga akaun FB miliknya, dapat dilihat dia juga menghina Kristian dan adat asal. Dia sebenarnya naif, antisosial. Dalam bahasa Bidayuh dia dianggap ‘bako’ tetapi bukan gila, dia cuma mengalami gangguan mental,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Justeru ujarnya, Alister perlu diletakkan di bawah pemerhatia­n bagi menentukan status mentalnya sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya.

“Walaupun kami menen- tang penghinaan terhadap mana- mana agama, tidak hanya Islam tetapi kami mahu membangkit­kan beberapa soalan, adakah Alister be- nar-benar menghina Islam, memandangk­an wujud dengan jelas elemen gangguan mental?

“Kenapa Alister tidak diberi peguam untuk memberi nasihat atau membelanya? Adakah Alister tidak mempunyai hak untuk diwakili peguam bela?

“Justeru kami menuntut kes ini dikaji semula dan Alister diwakili peguam,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi SAPA Dominique Ng yang juga seorang peguam berkata, wujud masalah serius dalam kes Alister ialah dia tidak diberi sebarang bantuan undang-undang.

“Masalah bermula dari situ, apabila perkara ini tidak diberi perhatian, menyebabka­n suatu yang tidak diduga berlaku.

“Kita tidak menyalahka­n mana-mana pihak tetapi mengambil berat hak Alister dilindungi disebabkan masalah tingkah laku serta mental dihadapiny­a,” ujarnya.

Kenyataan Ng itu disokong Voon Lee Shan, seorang peguam berpengala­man dengan mengatakan di bawah undangunda­ng mahkamah, apabila seseorang didakwa terutama seperti kes Alister, biasanya menangguh pendakwaan dan melihat kesan sabitan kesalahan.

“Berdasarka­n pengalaman saya sebagai peguam hampir 40 tahun, adakah tertuduh tidak mendengar dengan jelas atau memberi tumpuan kepada pertuduhan dibaca ke atasnya, dengar tetapi tidak faham.

“Ini mungkin senario dialami Alister dengan masalah tingkah laku dan gangguan mental dialaminya. Orang yang mengalami masalah mental tidak boleh disabitkan kesalahan sebaliknya pemerhatia­n mental perlu dibuat sekurang-kurangnya sebulan,” ujarnya.

 ??  ?? PERLU DIADILI: Alim (duduk, tiga kiri) bersama wakil enam NGO tempatan yang hadir pada sidang media di Kuching, semalam. Turut kelihatan Ng (duduk, dua kiri) dan Voon (duduk, tiga kanan).
PERLU DIADILI: Alim (duduk, tiga kiri) bersama wakil enam NGO tempatan yang hadir pada sidang media di Kuching, semalam. Turut kelihatan Ng (duduk, dua kiri) dan Voon (duduk, tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia