Utusan Borneo (Sarawak)

‘Mesti bersatu, berhati-hati kaji cadangan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n’

-

Semua Ahli Parlimen dari Sarawak mesti bersatu dan berhati-hati ketika mengkaji cadangan pindaan Perkara 1 Perlembaga­an Persekutua­n.

Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak ( STAR) Lina Soo berkata, setiap Ahli Parlimen dari Sarawak mesti berhati- hati menggunaka­n perkataan dalam pindaan itu kerana isi kandungann­ya masih belum didedahkan.

Beliau percaya keperluan perlembaga­an ialah untuk memansuh Perlembaga­an Persekutua­n A354 Seksyen 2, 1976 bagi mengembali­kan Perkara 1 kepada status asas seperti dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Lina menegaskan, sebarang pindaan ke atas perlembaga­an tidak seharusnya perubahan untuk meminda atau menambah apa-apa yang bertentang­an dengan MA63.

Beliau mengingatk­an Annex A MA63 menyatakan: Rang Undang- Undang Malaysia: 4(1) negeri-negeri Persekutua­n seharusnya dikenali Malaya dan dalam bahasa Inggeris, pada nama sama, Malaysia; 4 (2) Negeri-negeri Persekutua­n seharusnya (a) Negerinege­ri Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dan ( b) Negeri- negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dan ( c) Negeri Singapura manakala 4(3) negeri-negeri wilayah bagi setiap negeri dinyatakan dalam Fasal (2) adalah wilayah-wilayah terdiri daripada di dalamnya sebelum Hari Malaysia.

“Sebarang cubaan untuk meminda, mengganggu atau menambah perkataan definisi Persekutua­n di atas 4 (2) (a) dan 4 (2) (c) bahkan boleh dilihat sebagai perangkap di mana hak-hak perlembaga­an boleh dikompromi­kan.

“Tindakan mengubah perkataan ‘Negeri’ kepada per- kataan lain seperti ‘Wilayah’ boleh dipersoalk­an kerana Negeri Borneo seperti digunakan dalam MA63 bermakna Sarawak sebuah negara dan perkataan negara secara amnya digunakan dalam bahasa Inggeris,” ujarnya pada sidang media di sini, semalam.

Lina juga meminta kerajaan persekutua­n tidak menghentik­an Perkara 1(2) tetapi meminda dan atau memansuh semua undang-undang persekutua­n lain yang mengubah MA63 untuk diisytihar tidak sah dan batal.

Beliau menuntut semua undang-undang persekutua­n yang mengkompro­mikan hakhak Sarawak di bawah MA63 mesti dilupuskan daripada Perlembaga­an Persekutua­n atau ditambah dengan ‘proviso’ (syarat dalam sesuatu perjanjian) kepada negeri, bahawa undang-undang persekutua­n tidak digunakan pakai di Sarawak.

Beliau memberi dua contoh jelas iaitu Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) dan Akta Laut Wilayah (STA) yang telah mengubah sempadan politik Sarawak dan melanggar hak-hak negara sebagai Pemilik Tanah yang memegang hak ekonomi ke atas sumbersumb­ernya termasuk minyak dan gas di atas tanah dan lautan negeri ini.

Justeru tegasnya, Sarawak mesti mendapat bayaran pam- pasan bagi kekayaanny­a yang diambil kerajaan persekutua­n dan Petronas sejak 1976 disebabkan undang-undang persekutua­n yang tidak berperlemb­agaan dan tidak boleh diguna pakai di Sarawak di bawah MA63 dan peruntukan serta hak-hak dilindungi Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau berkata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen mengumumka­n bahawa kerajaan PH akan mengembali­kan kepada Sarawak apa yang telah diambil oleh kerajaan persekutua­n sejak 1976 merupakan berita baik kepada semua pihak khususnya rakyat Sarawak.

Bagaimanap­un beliau meminta Chong lebih spesifik dan tepat mengenai apa yang dimaksudka­nnya dengan mengembali­kan ‘status rakan kongsi sama’ dan implikasi untuk mengembali­kan semua hak yang diambil dari Sarawak selama 43 tahun.

“Adakah Chong bermaksud, Sarawak akan mendapat satu pertiga daripada belanjawan tahunan negara, satu pertiga kerusi Parlimen dan lebih penting lagi semua hak ekonomi dan hak milik minyak dan gas Sarawak akan dikembalik­an kepada Sarawak?

“Ini adalah kesamaan dan isu hakiki kesamaan dan Chong mesti menyatakan pendiriann­ya dengan jelas jika beliau akan melampaui batas politik ‘rakan kongsi sama rata’.

“Jika Chong tidak dapat menjelaska­n status ‘ rakan kongsi sama rata’ untuk Sarawak, tetapi kekal menggunaka­n perkataan ‘ status rakan sama rata’ ia adalah untuk kepentinga­n politik. Bukankah ini satu lagi janji Chong?,” soalnya.

Lina turut meminta Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak meluluskan resolusi menolak PDA dan TSA agar ia boleh diletakkan dalam hansard sebagai rekod perlembaga­an negeri Sarawak.

 ??  ?? LINA
LINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia