Utusan Borneo (Sarawak)

Achau sangkal dakwaan tiada bukan Muslim sokong PAS

- Oleh Sepawie K. Alwi

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kakus Achau Mujah menyangkal dakwaan bahawa tiada bukan Muslim yang menyokong PAS dan perjuangan parti tersebut.

Achau berkata, dakwaandak­waan seumpama itu daripada mana-mana ahli politik lebih merupakan pandangan peribadi mereka sahaja.

“Kami di DHPP menyokong PAS dan setuju dengan perjuangan PAS yang menitikber­atkan kebajikan untuk semua tanpa mengira agama dan kaum,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian setelah diminta memberi komen berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dilaporkan sebuah portal berita mengatakan tiada bukan Muslim yang menyokong PAS dan mahu ia menjadi kerajaan persekutua­n.

“Bukan- Melayu- Muslim di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak akan merasa terancam apabila mereka dijadikan kambing hitam oleh PAS dan UMNO untuk masalah-masalah yang berlaku dalam negara,” kata Guan Eng.

Menurut Achau, ahli-ahli DPHH amat yakin dengan keikhlasan PAS memperjuan­gkan keadilan untuk semua tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.

Bahkan, katanya parti tersebut tidak pernah mendiskrim­inasi mana-mana pihak atas dasar agama atau kaum.

Ketua pemuda DPHH Kakus turut menyentuh tentang Konvensyen DPHH peringkat kebangsaan yang diadakan di Plaza Hotel, Kuala Lumpur Ahad lepas.

Menurut beliau, konvensyen tersebut mempunyai objektif yang sangat baik kerana ia berusaha mencari jalan untuk menyatukan pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

“Kami berbincang mengenai masalah-masalah semasa dan berusaha mencari jalan penyelesai­an agar rakyat Malaysia dapat bersatu padu tanpa mengira agama dan kaum,” kata Achau yang hadir sebagai wakil DPHH Sarawak.

Beliau berkata, pendekatan yang efektif dalam menangani pandangan yang negatif tentang PAS ialah dengan memberi maklumat yang betul tentang parti tersebut dan perjuangan­nya.

 ??  ?? BERSATU: Achau (kiri) bergambar dengan Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad. Turut kelihatan dua wakil DPHH.
BERSATU: Achau (kiri) bergambar dengan Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad. Turut kelihatan dua wakil DPHH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia