Utusan Borneo (Sarawak)

STPM 2018 SMK Sacred Heart yang terbaik

Keputusan kali ini adalah yang terbaik bagi peringkat sekolah sejak 2015: Teo

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart di sini telah mencatat sejarah tersendiri apabila melakar kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang diumumkan serentak di seluruh negara, semalam.

Pengetuany­a David Teo berkata, keputusan kali ini adalah yang terbaik bagi peringkat sekolah sejak 2015 di mana peningkata­nnya sungguh baik berbanding tahun-tahun sudah.

“Kali ini pencapaian sekolah kita adalah yang terbaik dan amat membanggak­an. Ini adalah usaha keras daripada semua pihak iaitu pelajar, para guru dan ibu bapa sendiri bagi memastikan kejayaan ini.

“Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama dan saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan berterima kasih atas usaha bersama kita ini,” katanya berucap pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM SMK Sacred Heart di Dewan Centenary SMK Sacred Heart, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Naib Pengerusi 1 Lembaga Pengurusan Lau Swee Nguong dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Dr Lau Ngi Choung.

Menurut Teo lagi, 14 pelajarnya berjaya memperoleh­i keputusan penuh 4A sekali gus mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 3.46 serta lulus 100 peratus.

Pelajar-pelajar yang memperoleh­i keputusan penuh 4A ialah Alex Lee, Bobby Yii Chung Leong, Collin Rezuan, Jeremy Sia Yik Xian, Judy Wong Shi Ping, Lim Kui Ping, Ling Hui Jiong, Ling Jing Kai, Pheobe Ng Li Jieh, Stephenie Wong Su Ling, Stephen Wong Kee Cheng, Ting Chek Yu, Wee Siaw Fen dan Wong Ching Mee.

Jelasnya lagi, seramai 124 calon telah menduduki peperiksaa­n tersebut.

Katanya, keputusan peperiksaa­n STPM 2018 sangat membanggak­an dan GPS STPM 2018 meningkat berbanding GPS STPM 2017.

Kali ini pencapaian sekolah kita adalah yang terbaik dan amat membanggak­an. Ini adalah usaha keras daripada semua pihak iaitu pelajar, para guru dan ibu bapa

” sendiri bagi memastikan kejayaan ini.

David Teo

Pengetua SMK Sacred Heart

“Bagi STPM 2017 pula, seramai 135 pelajar menduduki peperiksaa­n dan pada tahun tersebut SMK Sacred Heart berjaya mencapai GPS sebanyak 3.35 dan merupakan pencapaian paling tinggi di Sarawak dan kelima tertinggi di Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, Lau turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar berkenaan dan menasihati mereka supaya terus mengekalka­n usaha tersebut hingga ke menara gading.

Beliau mahu pelajar yang ce- merlang supaya tidak lupa akan sekolah berkenaan dan menyumbang apabila sudah menjadi orang yang berjaya kelak demi generasi akan datang.

“Ingatlah, dari mana asal usul anda dan jangan seperti kacang melupakan kulit. Baliklah ke sekolah ini pada suatu hari nanti untuk kita bersama-sama menyumbang demi melonjakka­n nama sekolah tempat kita menuntut ilmu,” katanya.

Pada akhir majlis, Lau diberi penghormat­an untuk menyampaik­an slip keputusan peperiksaa­n kepada para pelajar terbabit sambil disaksikan Teo dan Dr Ngi.

 ??  ?? TAHNIAH: Lau menyerahka­n slip keputusan peperiksaa­n kepada pelajar sambil disaksikan Dr Ngi (tiga kiri), Teo (empat kiri) serta yang lain pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM SMK Sacred Heart di Sibu, semalam.
TAHNIAH: Lau menyerahka­n slip keputusan peperiksaa­n kepada pelajar sambil disaksikan Dr Ngi (tiga kiri), Teo (empat kiri) serta yang lain pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM SMK Sacred Heart di Sibu, semalam.
 ??  ?? CEMERLANG: Maria (duduk, tengah) bersama pelajarnya yang berjaya mencapai keputusan cemerlang melebihi 3.00 pointer serta guru-guru mereka.
CEMERLANG: Maria (duduk, tengah) bersama pelajarnya yang berjaya mencapai keputusan cemerlang melebihi 3.00 pointer serta guru-guru mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia