Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak ulang kaji, bertanya kepada guru antara kunci kejayaan Kon

-

Banyakkan ulang kaji dan bertanya kepada guru antara kunci kejayaan Kon Yan Wen, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road di sini, yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Kon yang merupakan antara 10 pelajar dari sekolah tersebut yang mencatat keputusan empat A penuh dalam STPM 2018 dengan Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 4.00.

“Saya sangat gembira dengan keputusan STPM yang diumumkan hari ini (semalam) dan tidak menjangka akan memperoleh PNGK 4.00 meskipun memang itu yang diharapkan.

“Kejayaan ini adalah berkat usaha kami bersama dan yang paling penting banyakkan ulang kaji serta bertanya kepada cikgu sehingga faham,” katanya pada temu bual selepas pengumuman STPM di sekolah tersebut semalam.

Ditanya hala tuju selepas ini, Kon berkata dia menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti di Universiti Malaya sama ada dalam bidang kejurutera­an mekanikal atau kejurutera­an elektrik.

Kon turut berharap rakanrakan lepasan STPM yang lain akan turut berjaya memasuk universiti pilihan masing-masing serta mencapai yang mereka inginkan.

Sementara itu, Voon Ting Ting yang juga menuntut d sekolah yang sama turut cemerlang dalam STPM 2018 dengan empat A penuh dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Cina, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan.

Voon yang teruja dengan keputusan semalam turut tidak menjangkak­an akan memperoleh PNGK 4.00 kerana merasakan pretasinya kurang baik sebelum ini.

“Saya banyak membuat ulang kali, berbincang dan bertanya kepada cikgu apa yang tidak faham sehingga faham,” katanya ketika ditanya kunci kejayaanny­a dalam STPM.

Voon yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik bagaimanap­un belum ada perancanga­n mengenai hala tuju selepas ini sama ada akan memasuki universiti atau tidak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia