Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Marudi catat pencapaian terbaik sepanjang 16 tahun dalam STPM

-

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi mencatat rekod terbaik sepanjang 16 tahun lalu, selepas berjaya memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.75 dengan 80 calon menduduki peperiksaa­n STPM tahun lepas.

Salah seorang calonnya, Wong Siong Cheng dianugerah­kan pelajar terbaik sekolah itu selepas mendapat 4.00, sementara seramai 28 calon memperoleh 3.00 ke atas.

“Ini merupakan rekod terbaik kita, sepanjang 16 tahun lalu dan pada tahun 2003 ada beberapa pelajar kita yang mendapt keputusan cemerlang tetapi keputusan tahun 2018 ini adalah yang terbaik,” kata Pengetuany­a Maria Jau.

“Selain Wong Siong Cheng, pelajar terbaik yang memperoleh­i lebih daripada 3.00 ialah Wong Chong Yang (3.75), Diana Dimong (3.75), Tay Heng Ping (3.83) dan Stanly Molly Gira (3.92),” katanya.

Berucap pada majlis penyampaia­n slip peperiksaa­n STPM di dewan sekolah berkenaan di sini semalam, beliau turut melahir- kan rasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi pelajarnya sekali gus tidak membataska­n mereka sebagai sebuah sekolah di luar bandar.

“Saya berasa bangga dan gembira kerana tidak menjangka lebih 20 orang yang mendapat 3 pointer ke atas.

“Keputusan pagi ini amat mengejutka­n apabila kita mengetahui bahawa seramai 28 pelajar SMK Marudi berjaya memperoleh keputusan melebihi 3.00 pointer,” ujarnya.

Menurut Maria, pencapaian ini adalah langkah pertama mereka untuk memperoleh keputusan cemerlang dan menyeru pelajar Tingkatan 6 Atas tahun ini belajar lebih rajin dan mencapai keputusan cemerlang malah lebih baik daripada tahun 2018.

Berikutan itu, beliau memberi semangat kepada bekas pelajar sekolah itu yang mendapatka­n keputusan SPTM mereka hari ini, supaya meneruskan pengajian mereka hingga ke peringkat tertinggi yang mampu mereka capai seterusnya menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara.

 ??  ?? CEMERLANG: Pengetua SMK Bintulu Ananthan Subramania­m (duduk, tengah) merakam kenangan bersama pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n STPM 2018 yang diumumkan semalam.
CEMERLANG: Pengetua SMK Bintulu Ananthan Subramania­m (duduk, tengah) merakam kenangan bersama pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n STPM 2018 yang diumumkan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia