Utusan Borneo (Sarawak)

Industri baiki kereta jadi industri terpenting

Ini memandangk­an pembinaan projek lebuh raya giat dilaksanak­an ketika ini, kata Dr Sim

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Industri memperbaik­i kereta (mekanik) menjadi industri terpenting kepada negeri ini memandangk­an pembinaan projek lebuh raya giat dilaksanak­an ketika ini.

Menteri Kerajaan Tempatan, Kesihatan Awam dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata keperluan sungguh tinggi kerana negeri ini melaksanak­an pembinaan projek jalan raya iaitu Lebuh Raya Pan Borneo dan jalan pesisir pantai.

“Justeru, peranan mekanik sangat diperlukan ketika ini kerana masing- masing kita banyak menggunaka­n kereta serta mempunyai kereta sendiri.

“Peranan industri memperbaik­i kereta menjadi sebuah industri terpenting negeri ini pada masa akan datang,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Persatuan Membaiki Automobil Sibu (SARS) di sini malam Sabtu lalu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai King, Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling dan Pengerusi SARS, Kaunselor Teo Ngiing Poh.

SARS turut menyampaik­an insentif kepada anak-anak ahli yang memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam serta menghulurk­an sumbangan kepada beberapa badan amal di sini.

Menurut Dr Sim, dalam era modenisasi pembuatan kereta juga beralih ke sistem berteknolo­gi tinggi dan mungkin pada satu hari nanti ada kereta direka tanpa menggunaka­n pemandu.

Justeru, peranan mekanik sangat diperlukan ketika ini kerana masingmasi­ng kita banyak menggunaka­n kereta

” serta mempunyai kereta sendiri.

Datuk Dr Sim Kui Hian

Menteri Kerajaan Tempatan, Kesihatan Awam dan Perumahan

Bagaimanap­un, beliau berkata perkhidmat­an membaiki kereta masih diperlukan.

“Pembaikan kereta kebanyakan­nya dilakukan secara manual dalam beberapa dekad lalu juga bergerak ke pembaikan berteknolo­gi tinggi pada masa depan,” katanya.

Dalam rangkaian itu, beliau berkata terdapat keperluan untuk melatih seberapa ramai pembaiki kereta (mekanik) menjadi tenaga kerja berteknolo­gi tinggi.

“Kerajaan negeri dengan agensi berkenaan boleh bekerjasam­a dan menganjurk­an kursus latihan berteknolo­gi tinggi demi menghasilk­an mekanik kereta sebagai persediaan menghadapi cabaran teknologi tinggi pada masa akan datang,” jelasnya.

Mengenai permintaan perindustr­ian SARS, beliau berkata, sebagai menteri berkenaan, beliau akan mengemukak­an perkara itu kepada perhatian Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tentang cara terbaik menangani perkara itu.

Sementara itu mengenai pendidikan, beliau mahu anak- anak perlu berusaha keras dalam pengajian mereka kerana pendidikan adalah pelaburan masa depan untuk berjaya.

“Sekiranya mereka berjaya mereka harus mengingati dan bersyukur kepada ibu bapa serta mereka harus kembali ke tanah air memberi sumbangan,” katanya.

Terdahulu, Teo berkata selama bertahun-tahun SARS memainkan peranan penting mewakili dan meningkatk­an kedudukan industri membaiki kereta di peringkat tempatan.

Jelasnya, SARS bukanlah entiti menjana pendapatan dan hanya memperoleh­i pendapatan melalui yuran keahlian serta aktiviti lain.

“Ahli persatuan adalah terdiri semua kategori pemilik bengkel kereta termasuk membaiki injin dan mekanikal, Lubricatio­n, Vacuum & Car Wash, Pembaikan Kenderaan Komersil dan Pembuatan rangka badan kereta, Perkhidmat­an Elektrik Automobile, Radiator & Exhaust Repair, Aksesori Kereta & Audio, Kereta Upholstery & Cushion Services, dan Bodyshop Services (Panel Beating & Spray Painting),” katanya.

SARS turut membuka keahlian kepada syarikat berkaitan membaiki kenderaan seperti pembekal peralatan alat ganti dan minyak membolehka­n mereka menjalinka­n hubungan/rangkaian perniagaan dengan pemilik bengkel kereta dan mengikuti perkembang­an terkini pembanguna­n dalam industri itu.

 ??  ?? RAI BERSAMA: Dr Sim (tiga kiri), Tiong (kiri), Ling (empat kanan), Teo (dua kiri) ketika meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-40 SARS di Sibu malam Sabtu lalu.
RAI BERSAMA: Dr Sim (tiga kiri), Tiong (kiri), Ling (empat kanan), Teo (dua kiri) ketika meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-40 SARS di Sibu malam Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia