Utusan Borneo (Sarawak)

Program Mahasiswa Sifar Dadah 2.0 capai matlamat

-

Program Mahasiswa Sifar Dadah 2.0 dengan tujuan mendidik pelajar universiti tentang pencegahan dadah diadakan dengan jayanya di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini.

Jurucakap UPMKB berkata, program itu diadakan selaras dengam hasrat Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dalam menyokong sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan, sekali gus melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani dan rohani.

“Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangk­an generasi pelapis negara kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius,” kata jurucakap UPMKB di sini semalam.

Justeru katanya, kesedaran tentang bahaya najis dadah perlu diterapkan dalam diri pelajar pada peringkat lebih awal menerusi aktiviti-aktiviti yang dapat memanfaatk­an peluang untuk pelajar menjadi modal insan berkualiti, mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembanguna­n sosial negara sekali gus memberi kesejahter­aan kepada komuniti seluruhnya.

“Antara lain program itu adalah untuk meningkatk­an kesedaran pelajar tentang bahaya dadah, memupuk keprihatin­an pelajar terhadap perkembang­an sekitar berkaitan dadah, menggerakk­an tumpuan, fikiran dan tindakan pelajar ke arah persekitar­an pembelajar­an yang bebas dadah serta menjadikan pelajar saling bertoleran­si dalam menyuara pendapat dan idea dalam mengurangk­an gejala najis dadah,” jelasnya.

Katanya, beberapa aktiviti dan pertanding­an diadakan dalam program itu ialah Mural Antidadah, Sudut Mudah Alih 3D Antidadah, Poster Antidadah, Dikir barat Antidadah dan Sketsa Antidadah yang telah dipertandi­ngkan pada 23 Februari hingga 3 Mac lalu.

Pertanding­an itu telah disertai oleh kesemua Blok Siswa dan Siswi di UPMKB yang mana telah mendapat sambutan yang hangat sepanjang pertanding­an berlangsun­g.

Selain itu, video antidadah juga telah dipertandi­ngkan yang mana melalui video tersebut terselit beberapa elemen yang menyajikan pelbagai kesenian serta kesedaran berkaitan pencegahan dadah.

Di samping itu katanya ahli jawatankua­sa dan sukarelawa­n turut menggantun­gkan kain rentang yang berunsur antidadah di sepanjang laluan susur pelajar bagi memberi kesedaran kepada pelajar secara berterusan berkenaan pencegahan dadah.

Program Mahasiswa Sifar Dadah 2.0 pula katanya, ia adalah acara penutup tirai pada 3 Mac lalu yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman.

Majlis itu dimeriahka­n dengan tayangan video sepanjang program, persembaha­n daripada johan pertanding­an Sketsa Antidadah, persembaha­n johan pertanding­an Dikir Barat Antidadah dan dua slot forum yang bertajuk ‘Komuniti Kita Tanggungja­wab Kita’.

Sesi forum itu telah menjemput khusus empat ahli pane terdiri daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu ASP Muning Jakung, Ketua Daerah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)Bintulu Mohd Dzulfikhar Abdul Rahim, Aktivis Action For Aids Singapore Muddy dan Timbalan Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Manis Mohid manakala moderatorn­ya ialah Saipul Izzuwan Dahari.

Pameran Sudut Antidadah juga diadakan sepanjang majlis penutupan tersebut yang disertai oleh JSJ Narkotik Bintulu dan para pelajar yang mewakili setiap blok masingmasi­ng di UPMKB.

 ??  ?? JOM MASUK AIM: Simoi (tengah) bersama para peserta program di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.
JOM MASUK AIM: Simoi (tengah) bersama para peserta program di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia