Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jom Ke Sekolah kerjasama terbaik KPM-PDRM

-

Program Jom Ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha Kementeria­n Pelajaran Malaysia ( KPM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi meningkatk­an kecemerlan­gan pelajar terutamany­a dalam membentuk sahsiah atau jati diri terpuji.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sungai Paoh Paul Law Nai Kung berkata, program itu merupakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) KPM bersama-sama PDRM melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK).

Katanya, KPM amat mengharapk­an menerusi program ini akan wujud kerjasama yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS).

“Program ini juga diharapkan dapat menghindar­i pelajar daripada ponteng sekolah, membantu mencegah salah laku disiplin daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang- undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

“Program ini adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM bagi meningkatk­an kecemerlan­gan dan jati diri pelajar terutamany­a dalam membentuk sahsiah yang terpuji.

“Menerusi program ini diharapkan pihak sekolah terutamany­a guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcar­a, di samping berperanan sebagai guru disiplin,” katanya.

Paul berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah di SMK Sungai Paoh, kelmarin.

Seramai 646 pelajar bersama ibu bapa hadir pada program ini.

Menurut Paul, pihak sekolah juga perlu berusaha mewujudkan suasana yang kondusif serta menaik taraf kemudahan di sekolah supaya pelajar mempunyai persekitar­an yang boleh memberi kegembiraa­n dan keseronoka­n dalam pengajaran dan pembelajar­an.

“Kementeria­n Pendidikan telah melaksanak­an pelbaga inisiatif termasuk penerapan elemen pembelajar­an menyeronok­kan bagi memastikan pelajar gembira ke sekolah, sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkum aspek intelek, rohani, emos dan jasmani.

“KPM berusaha membentuk ekosistem pembelajar­an abad ke-21 bagi memastikan hasra Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai melalui budaya sekolah, prasarana, pelibatan ibu bapa dan komuniti, guru yang profession­al serta proses pengajaran dan pembelajar­an yang berkesan,” katanya.

Dalam masa yang sama juga Paul turut mengingatk­an ibu bapa supaya menggalakk­an serta memantau pergerakan anak- anak agar dapat hadir ke sekolah serta member tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia