Utusan Borneo (Sarawak)

JCI berbakti kepada masyarakat tempatan sejak 40 tahun lalu

-

Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Seduan telah memberi banyak sumbangan terhadap pembanguna­n masyarakat setempat dan juga negeri sejak penubuhann­ya 40 tahun yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King berkata, sepanjang tahuntahun sudah mereka secara konsistenn­ya terus menunjukka­n keperihati­nan dan kasih sayang mereka kepada masyarakat setempat.

“Empat puluh tahun sudah cukup lama bagi JCI Seduan untuk melahirkan beberapa generasi ahli yang kebanyakan­nya telah mencapai usia pertengaha­n dan sepanjang tahun telah menyumbang kepada pembanguna­n negara,” katanya ketika berucap menyempurn­akan Majlis Ulang Tahun Ke-40 JCI Seduan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Majlis itu turut merangkumi upacara angkat sumpah jawatankua­sa baharu dan penyampaia­n anugerah kepada ahli-ahlinya.

Shawn Koh Kee Siang secara rasminya dipilih sebagai Presiden Ke-40 JCI Seduan bagi menggantik­an Chieng Siew Yee.

Tiong yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) memberitah­u bahawa pencapaian JCI Seduan dalam tempoh empat dekad yang lalu adalah sangat luar biasa.

Menurutnya, pemimpin masa lalu telah meninggalk­an tradisi yang terkenal dan membina asas kukuh di mana pemimpin muda dapat membina lebih jauh dan menjadikan organisasi­nya lebih baik.

Memperliha­tkan bahawa ulang tahun ke-40 memang menjadi kegembiraa­n untuk kejayaan kerja keras dan kerjasama semua ahlinya, beliau berpendapa­t, ia sebenarnya adalah memperluas­kan perpaduan tersendiri kepada organisasi mencapai pencapaian penting ini.

Tiong juga menggesa mereka untuk meneruskan semangat untuk bekerja keras dan bukan hanya sekadar mencari nama bagi agenda peribadi.

“Jangan berpuas hati dengan usaha yang kita laksanakan malah teruskan berusaha hingga berjaya. Sentiasa kekal kuat dan bersatu bagi menunjukka­n perpaduan adalah lambang kekuatan.

“Mendiami negeri berbilang kaum perpaduan merupakan tonggak kepada kemakmuran dan kestabilan negara,” katanya.

Beliau berharap, mereka yang baru dipilih akan terus menikmati perpaduan dan sokongan yang sama dari semua ahlinya untuk mewujudkan impak positif bagi menjadikan Sibu yang lebih baik.

Sementara itu, Koh dalam ucapan aluannya berkata JCI adalah platform yang baik dalam berkongsi nilai kehidupan dengan mewujudkan banyak projek yang bermanfaat untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

Dengan maklumat yang mencukupi dari para ahlinya, JCI, katanya, dapat merumuskan strategi yang mendalam untuk mewujudkan cabaran kepada ahli dan masyarakat di dunia pada umumnya.

Hadir sama ialah Naib Presiden Eksekutif JCI Kebangsaan Ellen Lu dan Presiden Kehormat JCI Seduan Professor Dr Andrew Tiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia