Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk tidak sedar pengusaha restoran pengganas

Penduduk terkejut dengar berita penahanan warga Mesir buka restoran makanan Arab

- Oleh Rusnan Mustafa

SERIAN: Rata- rata penduduk di Taman Anggerik Indah di sini terkejut apabila mendengar berita tentang penahanan warga Mesir yang merupakan pengusaha sebuah restoran makanan Arab di kawasan tersebut.

Mereka yang ditemui Utusan Borneo di sini semalam mendapati kebanyakan penduduk di situ tidak mengetahui lelaki terbabit ditangkap polis.

“Kami fikir perniagaan dia tidak berapa bagus di sini sebab itu tutup lebih sebulan,” kata seorang warga emas lelaki berusia 76 tahun.

Malah jelasnya, lelaki terbabit juga sering pergi ke surau di taman tersebut.

“Saya terkejut sebaik sahaja mendengar berita tentang penahanann­ya kerana dari segi riak wajahnya dia seorang yang baik,” tambah warga emas itu.

Manakala seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga penduduk di situ dan enggan namanya didedahkan berkata, lelaki terbabit memang tidak banyak bergaul dengan penduduk di situ.

“Oh! Patutlah sudah lama tidak nampak dia di sini. Saya hanya bertemu dia ( warga Mesir) ketika di surau sahaja pada waktu solat awal tahun ini, selepas itu tidak tahu ke mana dia pergi.

“Dan pada tahun lepas ketika dia ada mengadakan majlis pembukaan restoranny­a yang mengajak penduduk di sekitar sini makan percuma di situ,” katanya.

Sementara itu, seorang penjual wanita, 50, juga penduduk di taman tersebut turut terkejut apabila dikhabarka­n tentang berita penahanan lelaki berkenaan.

“Agak terkejut apabila mengetahui perkara sebenar. Tidak sangka dia terlibat dalam aktiviti berkenaan,” tambahnya.

Baru-baru ini Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun mendedahka­n bahawa polis menahan seorang lelaki warga Mesir bersama pasangan warga tempatan berusia 20 dan 54 tahun di Serian pada 2 Februari lalu kerana didapati menyembuny­ikan maklumat kehadiran dua operatif kumpulan pengganas.

Jelasnya, dua anggota kumpulan pengganas Ansar AlShariah Al-Tunisia merancang melancarka­n serangan berskala besar terhadap negara ketiga selepas menyusup masuk ke Malaysia, digagalkan apabila mereka ditahan dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Sarawak bulan lalu.

Turut ditahan dalam operasi dilancarka­n Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman antara 2 dan 9 Februari itu adalah tujuh individu termasuk lima warga Mesir yang merupakan fasilitato­r yang menyediaka­n kemudahan penginapan, pengangkut­an, pekerjaan dan pembelian tiket penerbanga­n kedua- dua pengganas tersebut.

Mohd Fuzi berkata, penangkapa­n dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada agensi perisikan asing

Kami fikir perniagaan dia tidak berapa bagus di sini sebab itu tutup lebih sebulan.

Penduduk

mengenai kehadiran suspek ‘foreign terrorist fighter’ yang merupakan anggota kumpulan pengganas Ansar Al-Shariah Al-Tunisia yang beroperasi di utara Afrika.

“Dua lelaki yang masingmasi­ng berasal dari Mesir dan Tunisia berusia 20 dan 21 tahun itu ditahan 4 Februari lalu di ibu negara.

“Mereka didapati menyusup masuk ke negara ini pada Oktober tahun lalu menggunaka­n pasport palsu Syria dengan tujuan menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum menyusup masuk ke negara ketiga untuk melancarka­n serangan,” ujarnya.

 ??  ?? TUTUP: Restoran milik lelaki Mesir yang ditahan di Serian bersama pasanganny­a.
TUTUP: Restoran milik lelaki Mesir yang ditahan di Serian bersama pasanganny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia