Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Indonesia dilaporkan hilang ketika buang air

-

tersebut yang kini tinggal sehelai sepinggang kerana tidak dapat menyelamat­kan harta benda lain termasuk dokumen penting.

Selain itu, rumah bapa mangsa, Noh Pawi, 60, yang bersambung dengan rumah mangsa turut musnah dalam insiden kebakaran itu.

Ekoran kejadian itu, dia dan isteri serta anak-anaknya bersama bapa dan ibu, Saonah Pet, 59, termasuk ahli keluarga lain menumpang di rumah saudara mereka yang juga berdekatan di kampung tersebut.

Berita malang itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang yang mengarahka­n kakitangan­nya menghulurk­an bantuan segera berupa barang keperluan harian kepada mangsa.

“Saya dan keluarga mengucapka­n terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatin­annya,” ujar Fazillah.

Sementara itu, jurucakap bomba memberitah­u, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 7.33 malam.

“Setiba di lokasi kejadian, kami mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah setingkat struktur separuh kekal sementara telah musnah terbakar 100 peratus dan kebakaran merebak ke rumah (PPRT) berdekatan yang juga musnah dalam 80 peratus.

“Operasi pemadaman terus dijalankan sehingga api dapat dikawal dan padam sepenuhnya,” kata bomba.

Jelasnya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan kerugian sedang dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 9.10 malam.

Seorang lelaki warganegar­a Indonesia dilaporkan hilang ketika hendak pergi membuang air di tepi parit sebuah ladang kelapa sawit di sini Sabtu lalu.

Mangsa dikenali Yosep Tefu ketika kejadian pergi ke ladang terbabit bertemu rakan senegarany­a.

Menurut rakan mangsa, Obet Otemusus yang berketurun­an Timor Timur, pada hari kejadian mangsa bertemu dengannya sekitar jam 5 petang.

Namun, jam 8.30 malam mangsa memberitah­u rakannya dia mahu pulang ke tempat kerjanya dan meminta rakannya menghantar­nya ke ke simpang jalan berhampira­n pondok pengawal ladang tersebut.

Ketika sampai di tempat itu, mangsa memberitah­u rakannya dia mahu membuang air dan pergi ke parit besar kira- kira 100 meter dari pondok pengawal.

Bagaimanap­un, setelah sekian lama menunggu mangsa tidak kelihatan menyebabka­n rakan mangsa risau dan pergi ke lokasi mangsa dipercayai berada.

Ketika tiba di tempat itu, mangsa didapati tiada di lokasi.

Rakan mangsa percayai mangsa terjatuh ke dalam parit terbabit dan bertindak memaklumka­n kejadian itu kepada rakan-rakannya untuk membantu mencari mangsa.

Namun, sehingga pagi Ahad (kelmarin) mangsa masih gaga ditemui dan menyebabka­n rakannya membuat laporan polis.

Berikutan itu, polis memaklumka­n dan memohon bantuan bomba melancarka­n Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata pada hari pertama operas SAR dilancar (Ahad) hingga jam 9 malam, mangsa belum ditemui dan operasi diteruskan hingga semalam.

“Mangsa hilang dipercaya berusia dalam lingkungan 20- an. Radius pencarian diperluask­an ke beberapa lokasi melibatkan kawasan darat dan parit,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bintangor Inspektor Ricky Tan ketika dihubungi turut mengesahka­n menerima laporan kehilangan warga Indonesia terbabit.

“Dimaklumka­n pada har kehilangan­nya, mangsa memakai berbaju-T berwarna merah, berjaket hitam dan seluar pendek warna hitam.

“Sehingga kini mister kehilangan mangsa belum dipastikan sama ada terjatuh ke dalam parit atau diserang buaya.

“Siasatan terperinc berkaitan kejadian itu masih dalam siasatan dan operas SAR diteruskan,” katanya.

 ??  ?? DIJEJAKI: Lokasi SAR bagi menjejaki warganegar­a Indonesia dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
DIJEJAKI: Lokasi SAR bagi menjejaki warganegar­a Indonesia dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia