Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n besar guru di pedalaman Sarawak

Guru-guru SK Bukit Arip menyumbang setiap bulan untuk bayar upah RM500 kepada pekerja kendali jana kuasa

- Oleh Sepawie K. Alwi

Kami amat berharap Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dapat melakukan sesuatu untuk membantu SK Bukit Arip mendapatka­n bekalan elektrik daripada SESCO kerana untuk jangka masa panjang, kos bekalan elektrik daripada SESCO lebih menjimatka­n daripada kos

” bekalan elektrik daripada generator.

SELANGAU: Guru-guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip menyumbang setiap bulan untuk membayar upah RM500 kepada seorang pekerja yang mengendali­kan dua jana kuasa (generator) diesel berkuasa 60KW dan 80KW untuk membekalka­n elektrik bagi kegunaan sekolah sejak Julai tahun lepas.

Ini didedahkan Guru Besar SK Bukit Arip Benjamin Raga ketika ditemurama­h Utusan Borneo di pejabatnya Selasa lepas.

Benjamin berkata secara peribadi beliau merasakan pengorbana­n yang dilakukan oleh guru-guru dalam aspek kos upah pengendali­an jana kuasa agak keterlalua­n memandangk­an sudah ada kabel elektrik Syarikat SESCO Berhad berhampira­n kawasan sekolah.

“Kos upah bulanan ialah sebanyak RM500 untuk seorang pekerja yang mengendali dua generator sekolah.

“Setiap guru akan membuat sumbangan pada setiap bulan untuk membayar upah pekerja,” katanya.

Menurut beliau, pihak sekolah telah menghubung­i SESCO untuk bertanya sama ada SK Bukit Arip boleh mendapatka­n bekalan elektrik daripada SESCO.

Benjamin berkata pihak SESCO memberitah­u, pihak sekolah hanya perlu melaku- kan pendawaian semula di sekolah sebelum bekalan elektrik dapat disambung ke SK Bukit Arip.

“Kami amat berharap Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dapat melakukan sesuatu untuk membantu SK Bukit Arip mendapatka­n bekalan elektrik daripada SESCO kerana untuk jangka masa panjang, kos bekalan elektrik daripada SESCO lebih menjimatka­n daripada kos bekalan elektrik daripada generator,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihak sekolah berharap Kerajaan Sarawak dapat menyegerak­an pembinaan dewan sekolah untuk menempatka­n penduduk sekitar sekolah ketika musim banjir.

“Sekolah ini telah digazetkan sebagai pusat pemindahan sementara mangsa banjir untuk menempatka­n penduduk kampung di sekitar kawasan sekolah.

“Disebabkan jumlah murid yang ramai, sekolah tidak mempunyai banyak bilik untuk digunakan penduduk kampung yang terpaksa datang ke sekolah akibat banjir.

“Atas sebab itu, pembinaan dewan sekolah dengan segera akan dapat menyediaka­n lebih banyak ruang untuk digunakan oleh mangsa banjir,” kata Benjamin.

Beliau turut menyentuh tentang keadaan padang sekolah yang yang berbatu dan tidak sesuai untuk aktiviti bersukan.

Benjamin berkata SK Bukit Arip telah melahirkan ramai atlet berbakat diperingka­t daerah, bahagian dan negeri tetapi malangnya keadaan padang yang berbatu membantutk­an usaha menghasilk­an lebih ramai atlet.

“Saya difahamkan Kementeria­n Belia dan Sukan mahu sekolah-sekolah rendah melahirkan ramai atlet muda yang boleh digilap untuk mengharumk­an nama Malaysia.

“Malangnya keadaan padang sekolah yang berbatu menjadi batu penghalang kepada sekolah untuk menyahut seruan ini sepenuhnya,” katanya sambil menambah ramai bekas pelajar SK Bukit Arip menyambung pelajar d Sekolah Sukan Tabuan Jaya.

Benjamin juga memaklumka­n bahawa SK Buki Arip satu- satunya sekolah di daerah Selangau di mana guru-guru tidak menerima elaun pedalaman atau elaun sukar sejak 2008.

“Permohonan sudah banyak kali dikemukaka­n tetap saya tak tahu kenapa tiada pembayaran sehingga kini,” katanya.

Sementarai­tu, Stesen SESCO Selangau, ketika dihubungi kelmarin, memberitah­u bahawa ada kabel elektrik d luar pagar sekolah yang boleh digunakan untuk menyalurka­n bekalan elektrik ke SK Bukit Arip.

Benjamin Raga

Guru Besar SK Bukit Arip

 ??  ?? INDAH: Pemandanga­n indah sawah padi Adan di Ba’Kelalan.
INDAH: Pemandanga­n indah sawah padi Adan di Ba’Kelalan.
 ??  ?? BENJAMIN RAGA
BENJAMIN RAGA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia