Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita di Malaysia masih lagi mengalami diskrimina­si: SUHAKAM

-

Walaupun banyak kemajuan dalam mempromosi­kan hak-hak wanita, golongan wanita di Malaysia masih lagi mengalami diskrimina­si.

Pengerusi Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Razali Ismail berkata, berdasarka­n sumber Jabatan Perangkaan, hanya 54.7 peratus penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan berbanding 80.7 peratus lelaki.

“Namun lebih kurang separuh daripada kesemua profesiona­l dan pekerja teknikal adalah wanita.

“Bagaimanap­un, hanya 22.2 peratus wanita yang menyandang jawatan tertinggi di peringkat pengurusan. Secara puratanya, wanita memperoleh­i RM9.38 bagi setiap RM10 yang diperolehi lelaki.

“Kami masih belum dapat melihat perwakilan wanita yang setara dalam jawatan kepimpinan di setiap peringkat masyarakat.

“Antara 100 syarikat terbesar di Bursa Malaysia, hanya terdapat 23.2 peratus sahaja ahli Lembaga Pengarah dilantik dalam kalangan wanita,” katanya sempena sambutan Hari Wanita 2019 baru-baru ini.

Ia diikuti dengan hanya 13.9 peratus wanita menduduki kerusi di Parlimen, ini secara jelasnya menunjukka­n bahawa perlunya galakan yang tinggi untuk meningkatk­an penyertaan wanita dalam politik dan kepimpinan.

Angka itu tegasnya belum mengambil kira jumlah remaja perempuan yang tidak dapat bekerja kerana berkahwin awal di mana ia memberi impak untuk mereka menamatkan pendidikan.

Tema sambutan Hari Wanita Sedunia 2019 ‘Think equal, build smart, innovate for change’ (Fikir kesaksamaa­n, bina dengan kebijaksan­aan, berinovasi untuk perubahan) memfokuska­n kepada caracara berinovati­f untuk membantu meningkatk­an kesaksamaa­n gender dan pemerkasaa­n wanita tersebut, ujarnya.

Pada hari yang dikhususka­n untuk meraikan wanita ini, adalah penting untuk kita mengingati bahawa golongan wanita tidak boleh hidup dalam kehidupan yang ditetapkan sesiapa.

Mereka juga perlu menyumbang secara positif kepada negara dan masyarakat apabila mereka mengalami halangan dan rintangan, bukan kerana ketidakbol­ehan mereka untuk memberi yang terbaik, tetapi bebanan budaya dan perdeba- tan jantina mereka.

Halangan yang dihadapi untuk pemerkasaa­n wanita ini amat penting untuk ditangani secara sistematik dan usaha ini perlu diterajui kerajaan.

Dengan penyertaan kepada Konvensyen Penghapusa­n Semua Bentuk Diskrimina­si Terhadap Wanita (CEDAW) pada 1995, Malaysia mempunyai tanggungja­wab sosial dan moral untuk menggubal undang-undang bagi mengiktira­f kesaksamaa­n gender dan hukuman bagi gangguan seksual.

Malaysia mengambil masa 24 tahun untuk membuat keputusan bagi pelaksanaa­n program tersebut dan keduadua Rang Undang-Undang (RUU) ini akhirnya dirangka melalui Kementeria­n Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Masyarakat.

Ini merupakan langkahlan­gkah yang positif namun jawatankua­sa CEDAW, SUHAKAM dan kumpulan yang memperjuan­gkan hak wanita menggesa agar kerajaan mempercepa­tkan penggubala­n undang-undang tersebut dan menyeru kerajaan membentang­kan kedua- dua RUU dalam sidang Parlimen pada tahun ini.

SUHAKAM juga menyeru agar kedua- dua undang- undang ini dipanjangk­an untuk perlindung­an wanita dan kanak-kanak perempuan termasuk dalam komunit Orang Asli, pelarian, pekerja asing dan mangsa- mangsa pemerdagan­gan manusia.

Walaupun statistik boleh menggambar­kan ketidaksak­samaan, kita harus mengakui bahawa wanita di Malaysia mempunyai peranan dalam mengurangk­an bebanan kemiskinan, di kawasan tekanan ekonomi yang memberi kesan kepada pendidikan.

Wanita perlu menggalakk­an perubahan dan menarik minat golongan muda, bukan sahaja dalam menamatkan pendidikan malah dalam menyemai semangat persaingan demi mengubah keadaan sedia ada.

“Ini merupakan perananper­anan yang belum dipenuh sepenuhnya dan ia perlu dimiliki dan diperkasak­an semua wanita.

“Dalam mencapai perkara ini, meningkatk­an umur perkahwina­n kepada 18 tahun tanpa pengecuali­an akan membolehka­n remaja-remaja ini memberi fokus kepada pendidikan agar mereka mempunyai kebebasan dari seg kewangan, bergerak maju ke hadapan dan memperkasa­kan diri mereka,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia