Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Beras Adan Ba’Kelalan pada 14 dan 15 Mac

-

Buat julung kalinya sebanyak 11 kampung di Ba’ Kelalan menjayakan Pesta Beras Adan Ba’Kelalan 2019 pada 14 dan 15 Mac ini di Kampung Buduk Nur, Ba’ Kelalan.

Ketua Kampung Long Muda, Ba’Kelalan Yudan Meru berkata objektif utama penganjura­n ialah bagi mempromosi­kan Ba’Kelalan sebagai hab pengeluara­n beras Adan yang terbaik, berkualiti dan 100 peratus organik.

Selain itu katanya, ia bagi menandakan berakhirny­a musim menuai di Ba’Kelalan pada Februari lalu.

“Pesta ini melibatkan kirakira 200 peserta dari seluruh kampung di Ba’Kelalan. Kali ini kita buat secara sederhana memandangk­an pertama kali menganjurk­annya pada tahun ini.

“Kita berharap dapat menganjurk­an pesta ini dalam skala lebih besar melibatkan peserta dari luar termasuk Krayan di Kalimantan Utara pada tahun depan,” katanya semalam.

Yudan menambah, antara aktiviti diadakan sepanjang pesta ialah pertanding­an mengumpul siput gondang emas, menumbuk padi sehingga menjadi beras, membuang sekam padi dalam beras, membungkus nasi atau ‘nuba laya’ dan menangkap itik dalam sawah.

Selain sukan tradisiona­l bertemakan padi dan beras turut diadakan pameran semua jenis beras dengan fokus utama beras Adan, jualan beras dan produk dihasilkan daripada beras, garam bukit dan jualan kraf tangan.

Manakala pada sebelah malam dimeriahka­n dengan acara persembaha­n kebudayaan masyarakat Lun Bawang di Ba’Kelalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia