Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan lelaki warga tempatan, asing ditahan

-

Lapan lelaki warga tempatan dan asing lingkungan umur 25 hingga 29 tahun ditahan polis atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu dijalankan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada 8 dan 9 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata dalam operasi itu, polis berjaya memberkas empat lelaki tempatan kerana memiliki dadah jenis syabu bawah lima gram dan seorang disahkan positif dadah jenis sama.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Dalam operasi sama, empat lelaki warga asing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta dokumen perjalanan diri yang sah turut ditahan kerana terlibat dalam kegiatan curi sekitar Bintulu,” ujarnya.

Turut dirampas 23 motosikal pelbagai jenama, satu unit televisyen jenama LG, satu unit amplifier, satu unit penapis air, satu unit bateri ‘connecter’ dan pelbagai barangan lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah serta tinggal melebihi masa di negara ini.

“Dengan tertangkap­nya semua suspek berjaya menyelesai­kan kes-kes kecurian serta kegiatan penyalahgu­naan dadah dalam kalangan warga asing dan tempatan di sini,” jelasnya.

Semua suspek kini ditahan d lokap Balai Polis Bintulu bag membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia