Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Vietnam kemuka representa­si kaji semula tuduhan, peguam kecewa

-

Pihak pembelaan mewakili wanita Vietnam yang menghadapi tuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, akan mengemukak­an representa­si kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mengkaji semula pertuduhan yang dihadapiny­a.

Perkara itu dimaklumka­n peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan Thi Huong, tertuduh kedua dalam kes itu, semasa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Ariffin semalam.

“Kita perlukan tarikh baharu kerana kami akan mengemukak­an representa­si hari ini (semalam). Kami mahu AGC mengkaji semula kes kami untuk menarik balik tuduhan terhadapny­a ( Doan),” katanya.

Permohonan pasukan pembelaan itu tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.

Hakim Azmi menetapkan Khamis ini bagi mengetahui status representa­si tersebut dan sekiranya ditolak, mahkamah akan meneruskan perbicaraa­n kes itu pada hari sama.

Doan, 29, dan Siti Aisyah, 25, dari Indonesia, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) kira-kira jam 9 pagi pada 13 Feb 2017.

Ketika ditemui media, Hisyam berkata pihaknya amat terkejut apabila pendakwaan menarik balik kes terhadap Siti Aisyah tetapi pertuduhan terhadap Doan masih dikekalkan.

“Kami kecewa... Doan lagi amat kecewa. Pendakwa raya tidak berlaku adil.

“Terdapat kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. Pertuduhan terhadap Siti Aisyah ditarik balik sedangkan tuduhan terhadap Doan tidak. Kami tidak tahu atas dasar apa pertuduhan ditarik balik walaupun AG mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan pendakwaan pada bila-bila sama,” katanya.

Pada 16 Ogos 2018, mahkamah memerintah­kan Siti Aisyah dan Doan, 29, membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Chol.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagimanapu­n, Siti Aisyah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi semalam atas pertuduhan membunuh itu selepas pihak pendakwaan memaklumka­n untuk menarik balik pertuduhan ke atasnya.

Doan sepatutnya membela diri atas pertuduhan itu semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIKAWAL KETAT: Doan (tengah) diiringi anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah mendengar sebutan semula kes pembunuhan Kim Chol semalam.
— Gambar Bernama DIKAWAL KETAT: Doan (tengah) diiringi anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah mendengar sebutan semula kes pembunuhan Kim Chol semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia