Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu ditahan dera anak hingga retak tulang rusuk

Dua beradik lari dari rumah akibat tidak tahan dipukul bapa kandung

-

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pemandu di sebuah syarikat swasta kerana disyaki mendera dua anak lelakinya yang berumur 11 dan 13 tahun sehingga mengalami kecederaan teruk.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata, suspek lelaki berumur 53 tahun itu ditahan di tempat kerjanya di Jalan Datuk Keramat di sini berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Khamis lepas.

“Menurut pegawai JKM itu kedua-dua kanak-kanak itu dibawa ke Pejabat JKM Daerah Timur Laut oleh dua orang individu yang mengesyaki mereka didera dan melarikan diri dari rumah,” katanya.

Menurutnya, kedua- dua beradik itu juga mendakwa sering dipukul oleh bapa kandung mereka tanpa sebab dan kali terakhir mereka diperlakuk­an sebegitu ialah antara Disember dan Januari lepas, di mana kedua-duanya lebam di bahagian mata sementara salah seorang daripada mereka retak tulang rusuk akibat dipijak.

“Tidak tahan dengan keadaan itu, kedua-dua kanakkanak ini bertindak melarikan diri dari rumah sewaktu suspek keluar bekerja dan menumpang tidur di rumah rakan sekolah mereka di sebuah perumahan di Bukit Gambir di sini selama hampir seminggu,” katanya.

Che Zaimani berkata kisah kedua- dua anak itu didera hanya diketahui selepas mereka tidak pergi ke sekolah seperti rakannya dan seorang pengawal keselamata­n di perumahan itu telah merujuk mereka kepada JKM.

Beliau berkata kedua-dua beradik ini turut mendakwa telah ditinggalk­an ibu mereka di bawah jagaan bapa mereka sejak kecil dan tidak pernah dibawa ke mana-mana hospital atau klinik untuk merawat kecederaan mereka.

Menurutnya, kedua- dua budak berkenaan yang tidak pernah menemui ibu kandung mereka itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001. — Bernama

Menurut pegawai JKM itu kedua-dua kanak-kanak itu dibawa ke Pejabat JKM Daerah Timur Laut oleh dua orang individu yang mengesyaki mereka didera dan

” melarikan diri dari rumah.

ACP Che Zaimani Che Awang Ketua Polis Daerah Timur Laut

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Mohamad (dua kanan) menunjukka­n dadah jenis heroin yang dirampas dari seorang lelak seberat 5,950 Gram dianggarka­n bernilai RM104,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dekat Seremban, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Mohamad (dua kanan) menunjukka­n dadah jenis heroin yang dirampas dari seorang lelak seberat 5,950 Gram dianggarka­n bernilai RM104,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dekat Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia