Utusan Borneo (Sarawak)

Polis panggil penganjur himpunan sempena Hari Wanita Sedunia

-

Polis akan memanggil penganjur himpunan sempena Hari Wanita Sedunia yang turut disertai sekumpulan komuniti penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT), di ibu negara, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kertas siasatan mengenai himpunan itu yang menurutnya tidak mendapat kebenaran polis telah dibuka dan pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Sesiapa yang ingin mengadakan perarakan atau perhimpuna­n perlu maklum kepada Ketua Polis Daerah dan kalau gagal ia menjadi kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpuna­n Aman 2012. Setahu saya, perarakan itu tidak mendapat kebenaran.

“Masyarakat perlu faham bila berkumpul ramai-ramai untuk perarakan itu ia boleh jejaskan aktiviti dan pergerakan orang lain, selain mengganggu lalu-lintas. Walaupun mereka kata ada hak untuk bawa isu dalam himpunan itu, ia perlu ikut undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah yang baharu antara Datuk Abdul Rahim Jaafar dengan Datuk Zainuddin Yaacob di Dewan Tan Sri Khalid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini.

Noor Rashid berkata selepas siasatan selesai pihaknya akan menyerahka­n perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

“Nanti kita akan kenal pasti dan panggil mereka (penganjur). Mengenai laporan polis yang dibuat oleh pihak lain berhubung perarakan LGBT pada himpunan itu memang ada tetapi berapa jumlah laporan yang telah dibuat saya kurang pasti lagi,” katanya.

Sabtu lalu, beberapa badan bukan kerajaan antaranya Women’s Aid Organisati­on ( WAO) dan Sisters In Islam (SIS) selain penyokong LGBT dilaporkan menyertai perhimpuna­n tersebut yang kemudianny­a menimbulka­n reaksi kurang senang pelbagai pihak.

Antara perkara dituntut kumpulan terbabit pada per- himpunan itu ialah menghapusk­an diskrimina­si jantina, menghentik­an keganasan terhadap wanita dan kesaksamaa­n gender.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatka­n tindakan segelintir pihak menggunaka­n sambutan Hari Wanita untuk mempertaha­nkan hak golongan LGBT sebagai menyalahgu­nakan ruang demokrasi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAKSI: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Abd Rahim (kiri) kepada Zainuddin (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah dan Pengerusi Perkep Kontinjen Kedah di IPK Kedah,dekat Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama SAKSI: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Abd Rahim (kiri) kepada Zainuddin (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah dan Pengerusi Perkep Kontinjen Kedah di IPK Kedah,dekat Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia