Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga ditahan disyaki buang sisa kimia ke Sungai Kim Kim

-

Tiga lelak termasuk dua pemilik kilang ditahan kerana disyak membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim Khamis lepas.

Mereka yang ditahan terdir daripada pemilik kilang memproses bahan kimia berusia dalam lingkungan 50-an dan pemilik kilang memproses bahan lusuh berusia 40-an bersama pekerjanya berusia 50-an.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Datuk Mohammad Ezzani Mat Salleh berkata pemilik kilang memproses bahan kimia itu ditahan petang semalam manakala dua yang lain ditahan jam 12.30 tengah hari semalam.

“Kami tangkap dan serah kepada polis untuk siasatan mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar kilang memproses bahan lusuh yang terletak 500 meter dari lokas pembuangan sisa itu.

Khamis lepas media melaporkan 1,400 pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Puteh diarah mengosongk­an kawasan sekolah apabila beberapa pelajar mengalami sesak nafas muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim.

Mohammad Ezzani berkata pemilik kilang memproses bahan kimia ditahan berdasarka­n analisis kimia yang dilakukan JAS manakala seorang lagi pemilik kilang ditahan bersama bahan kimia yang serupa atau sepadan dengan yang dibuang ke sungai itu.

Beliau berkata, kilang memproses bahan kimia di Kula adalah berdaftar dan pernah disita sebelum ini berikutan pencemaran manakala bag kilang memproses bahan lusuh di sini, pihak berkuasa tempatan masih dalam proses untuk mendapatka­n pengesahan pendaftara­n kilang itu.

“Kedua- dua kilang kin disita dari beroperasi…kam akan ambil tindakan, buka kertas siasatan dan pendakwaan di mahkamah. Kalau boleh dalam minggu ni juga.. bergantung kepada keputusan Timbalan Pendakwa Raya dan siasatan polis,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di kilang memproses bahan lusuh hari ini mendapat tiada pekerja lain kelihatan manakala keadaan sekeliling terbiar dengan pelbagai barang buangan dijumpai sekeliling syarikat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia