Utusan Borneo (Sarawak)

Pengendali portal berita perlu bertanggun­gjawab

Kerajaan pertimbang tindakan ke atas portal yang membiarkan komen sensitif daripada pembaca

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia sedang mempertimb­angkan keperluan untuk mengambil tindakan ke atas pengendali portal berita yang membiarkan pembacanya meninggalk­an komen yang menyentuh sensitivit­i kaum, agama dan institusi diraja.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata, sekiranya pengendali portal tidak memantau dan membiarkan komen seumpama itu di portal mereka, dibimbangi akan mengundang kemarahan pelbagai pihak seterusnya menyebabka­n permasalah­an lebih besar.

“Saya terima banyak aduan daripada masyarakat dan mereka mengatakan kelihatan seolah-olah tidak ada sebarang pemantauan oleh pengendali portal tentang apa yang dikeluarka­n di bahagian komen portal mereka.

“Sayadalamp­rosesmenim­bang sama ada perlu atau tidak satu undang-undang digubal untuk aspek itu tetapi ia masih perkara dalam pertimbang­an, belum dibawa ke (mesyuarat) Kabinet lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 hari ini oleh Yang

Saya terima banyak aduan daripada masyarakat dan mereka mengatakan kelihatan seolah-olah tidak ada sebarang pemantauan oleh pengendali portal tentang apa yang dikeluarka­n di bahagian

mereka. ” komen portal

Gobind Singh Deo

Menteri Komunikasi dan Multimedia

di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

Dalam ucapannya, Sultan Abdullah bertitah mahu tindakan tegas diambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaska­n perpaduan dan keharmonia­n negara termasuk penggunaan media sosial secara tidak bertanggun­gjawab.

Gobind turut meminta pengendali portal berita berhati-hati dan mengambil tanggungja­wab sepenuhnya dalam memastikan apa yang ditulis di ruangan komen portal mereka tidak mengundang sebarang masalah.

Pengendali portal juga sepatutnya mengeluark­an beritaberi­ta yang mempunyai nilai tinggi dalam menyatupad­ukan negara dan memperkuku­h perpaduan rakyat.

“Kita dengar apa yang disampaika­n Seri Paduka cukup jelas bahawa kita faham di era ini kita bergantung kepada media sosial, tetapi dalam masa sama, pada setiap masa kita perlu beri keutamaan kepada perpaduan negara dan keselamata­n negara,” katanya.

Dalam pada itu Gobind berkata pihaknya sudah menyediaka­n beberapa pindaan undang- undang dan berharap untuk membentang­kannya dalam sesi ini, namun tidak mendedahka­n lanjut mengenai perkara itu.

“Saya harap saya ada masa dalam sesi ini untuk bentangkan pindaan itu. Saya akan umumkan pindaan-pindaan itu kepada masyarakat awam sekiranya ia dapat dibentangk­an nanti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PANDUAN: Pengurus Projek Outshine Dr Rozilawati (kiri) bergambar bersama Pengarah Projek Perkhidmat­an Komuniti Kumpulan Cancer Wellness (CANWELL) Fakulti Sains Kesihatan (UKM) Dr Nor Aniza Azmi ketika menghadiri‘Malaysia-China Internatio­nal Cancer Symposium’ di Hospital Stamford Modern Cancer Guangzhou, dekat Guangzhou, semalam.
— Gambar Bernama PANDUAN: Pengurus Projek Outshine Dr Rozilawati (kiri) bergambar bersama Pengarah Projek Perkhidmat­an Komuniti Kumpulan Cancer Wellness (CANWELL) Fakulti Sains Kesihatan (UKM) Dr Nor Aniza Azmi ketika menghadiri‘Malaysia-China Internatio­nal Cancer Symposium’ di Hospital Stamford Modern Cancer Guangzhou, dekat Guangzhou, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia