Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan hasil perniagaan haram perlu dilaporkan kepada LHDN

-

Keuntungan hasil perniagaan yang dijalankan secara haram perlu dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Sabin Samitah.

Katanya LHDN kini memberi peluang kepada semua individu untuk melaporkan pendapatan mereka menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela yang dilancarka­n bermula November tahun lepas hingga Jun ini.

“Kita harap peniaga yang menjalanka­n aktiviti haram seperti pembalakan ataupun penjualan ikan kepada nelayan asing di tengah laut agar dapat tampil dan menyertai program ini.

“Kita ada banyak maklumat yang disalurkan oleh agensiagen­si kerajaan yang lain. Jumlah yang terlibat tak dapat didedahkan dan kita mempunyai pasukan khas untuk tangani perkara ini,” katanya pada sidang media sebelum Program Khas Pengakuan Sukarela dan Isu Percukaian Perniagaan Atas Talian di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah LHDN Kelantan/ Terengganu Kamaruzama­n Muhammad.

Sabin berkata peniaga yang terbabit dengan aktiviti haram tidak perlu risau terhadap tin- dakan undang-undang daripada agensi keselamata­n kerana maklumat mereka akan dirahsiaka­n.

Beliau turut mengingatk­an peniaga yang beroperasi di sempadan Malaysia-Thailand terutama di negeri ini untuk turut serta dalam program berkenaan bagi mengelakka­n mereka dikenakan penalti yang lebih tinggi jika dikesan selepas program tersebut tamat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia