Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar mengadu sesak nafas, dua sekolah ditutup semula

Ada yang muntah dan pengsan dipercayai terhidu sisa bahan kimia

-

JOHOR BAHRU: Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih semalam diarah tutup semula setelah beberapa pelajar mengadu sesak nafas, dipercayai akibat terhidu sisa bahan kimia.

Dua sekolah itu dibuka semalam setelah diarah tutup sejak Khamis lepas apabila ada pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim, kira-kira 500 meter dari sekolah itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal berkata kedua-dua sekolah itu akan ditutup buat sementara waktu dan statusnya akan diputuskan selepas dibincangk­an dalam mesyuarat Jawatankua­sa Tindakan Bencana negeri.

“Setakat jam 12.30 tengah hari ini (semalam), lapan murid dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala lebih 10 pelajar dirawat di sekolah dan dewan berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di Dewan Taman Pasir Putih, yang dijadikan pusat operasi sementara, di sini semalam.

Dr Sahruddin turut memeriksa dan memberi rawatan awal kepada murid-murid dan pelajar yang mengalami sesak nafas.

Terdahulu, sekumpulan pemberita dan petugas media yang mengikut Dr Sahruddin dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat tinjauan di Sungai Kim Kim dikejutkan dengan keadaan kecoh di kedua-dua sekolah berkenaan apabila ramai pelajar mengadu sesak nafas, loya dan muntahmunt­ah.

Ditanya sama ada punca kejadian dikaitkan dengan pencemaran udara, Dr Sahruddin berkata pelbagai faktor boleh mempengaru­hi keadaan itu, bagaimanap­un punca sebenar belum dikenal pasti.

“Sebelum ini JAS dan Hazmat (Bomba) sudah membuat penilaian dan sahkan keadaan selamat, itu sebab kita buka sekolah... tapi pihak sekolah hubungi kami (pihak berkuasa) dan mendakwa ada pelajar mempunyai simptom sesak nafas dan sebagainya,” katanya.

Dr Sahruddin berkata kontraktor telah dilantik untuk membersihk­an sisa kimia di sungai itu dan kerja pembersiha­n yang dijadual bermula hari ini dijangka mengambil masa lima hari meliputi kawasan sungai sepanjang 1.3 kilometer.

Di KUALA LUMPUR, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memberi jaminan pihak kementeria­n akan terus memantau perkembang­an kes keracunan gas metana di dua sekolah di kawasan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang itu

“Setakat jam 12.30 tengah hari ini (semalam), lapan murid dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala lebih 10 pelajar dirawat di sekolah dan dewan ” berdekatan. Dr Sahruddin Jamal Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor

hingga kes selesai.

Beliau berkata kementeria­n juga komited menjalanka­n kerja-kerja pembersiha­n terhadap kedua- dua sekolah itu bagi memastikan sekolah benar-benar selamat untuk pelajar kembali ke sekolah.

“Kami terima laporan secara langsung setiap jam dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan semua agensi yang terlibat antaranya Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan bomba bagi mengikuti rapat perkembang­an kes ini,” katanya ke- pada pemberita ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) di Seri Kembangan, semalam.

Khamis lepas media melaporkan 1,400 pelajar dari kedua-dua sekolah itu diarah mengosongk­an kawasan sekolah apabila beberapa pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan berikutan terhidu bau gas yang dipercayai daripada bahan kimia yang dibuang ke Sungai Kim Kim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEJADIAN BERULANG: Salah seorang pelajar perempuan diberi bantuan awal oleh guru sementara menunggu kakitangan Jabatan Kesihatan akibat mengalami simptom sesak nafas setelah terbau bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim semalam.
— Gambar Bernama KEJADIAN BERULANG: Salah seorang pelajar perempuan diberi bantuan awal oleh guru sementara menunggu kakitangan Jabatan Kesihatan akibat mengalami simptom sesak nafas setelah terbau bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia