Utusan Borneo (Sarawak)

PATI serah diri akibat letih, lapar di Bukit Kayu Hitam

-

Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyusup masuk ke negara ini terpaksa menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas ditemui kelaparan dan tidak bermaya berhampira­n Bukit Tangga, dekat Bukit Kayu Hitam di sini, kelmarin.

Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata PATI warga Myanmar berusia 14 hingga 53 tahun itu menyerah diri kepada pasukan ronda Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan ( 5RS), Angkatan Tentera Malaysia di kawasan bukit laluan batas paip berhampira­n Pos 1 dan 2.

“Penahanan itu dibuat dalam dua kejadian berasingan di mana dalam kejadian pertama, seramai 16 lelaki dan empat wanita ditahan kira-kira 9.40 pagi yang sebelum itu dilihat sedang berjalan dalam keadaan mencurigak­an di kawasan bukit berkenaan.

“Kumpulan ronda yang diketuai Leftenan Muhammad Farid Mahfoz berjaya membuat kepungan menyebabka­n mereka menyerah diri dan ditahan selepas gagal menunjukka­n sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pada sebelah petang pula, pasukan ronda yang diketuai Sarjan Ahmad Rusli Mat Daud Abdul Aziz menahan dua lagi lelaki Myanmar di kawasan bukit Pos 2 yang dikesan dalam keadaan mencurigak­an pada jam 3.40 petang.

Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu yang menyerah diri kerana dahaga dipercayai serpihan daripada kumpulan pertama yang ditahan pada sebelah pagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia