Utusan Borneo (Sarawak)

Marsyal maraton masih terlantar tiga bulan selepas kemalangan

-

Lee Foo Beng, 51, seorang marsyal acara maraton yang pernah menjadi tajuk utama berita selepas cedera parah dilanggar kereta semasa acara sukan itu Disember lepas masih terlantar di rumahnya sejak kejadian itu.

Abangnya Foo Ngan, 65, berkata keadaan adiknya itu tidak banyak berubah semenjak dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang dan perlu dibantu dari segi pergerakan dan urusan seharianny­a.

“Sehari selepas kemalangan itu, Foo Beng terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang darah beku dari otaknya dan kesan dari kemalangan itu, kedua-dua belah kakinya tidak dapat bergerak seperti biasa,” katanya ketika ditemui di sini.

Foo Ngan ditemui ketika mewakili Foo Beng semasa menerima sumbangan kira-kira RM20,888 yang dikumpulka­n oleh Persatuan Keselamata­n Sukarela Pulau Pinang dan rakan-rakan Foo Beng di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Heng Lee Lee yang mewakili Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh turut hadir pada majlis itu.

Foo Ngan yang bekerja sebagai buruh yang diupah harian, menghargai sumbangan itu yang diharapnya akan dapat meringanka­n lagi beban kewangan keluargany­a sejak kemalangan yang menimpa Foo Beng pada 9 Disember lepas.

“Sejak keluar dari hospital 14 Jan lalu, Foo Beng kini tidak mampu berbuat apa-apa dan urusan penjagaan kini ditanggung oleh saya dan adik perempuan saya. Sekurangku­rangnya sumbangan ini dapat mengurangk­an beban kami yang perlu berulang alik ke hospital serta membeli ubatan yang lain,” katanya.

Foo Beng mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggang­nya dilanggar sebuah kereta semasa beliau sedang mengiringi pelumba- pelumba yang mengambil bahagian dalam acara maraton, ‘PAAA Annual Round The Island Relay’. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERLU PERHATIAN: Lee menunjukka­n gambar Foo Beng yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lepas menyebabka­n pendarahan di bahagian otak dan cedera di kedua belah kaki sehingga tidak boleh berjalan.
— Gambar Bernama PERLU PERHATIAN: Lee menunjukka­n gambar Foo Beng yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lepas menyebabka­n pendarahan di bahagian otak dan cedera di kedua belah kaki sehingga tidak boleh berjalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia