Utusan Borneo (Sarawak)

Dengar pandangan rakyat semasa merangka sebarang dasar, program untuk mereka

-

KUALA LUMPUR: Nasib pekebun kecil yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi sejak kebelakang­an ini mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

Ini ternyata apabila Seri Paduka membangkit­kan perkara itu ketika bertitah merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Sultan Abdullah menarik perhatian bahawa kerajaan akan terus melaksana langkahlan­gkah bagi meringanka­n beban mereka yang terlibat.

Ini termasuk mempergiat penyelidik­an dan pemasaran industri hiliran agrikomodi­ti, penggunaan bio bahan api, penerokaan pasaran baharu dan bekerjasam­a dengan negara pengeluar lain bagi menstabilk­an harga komoditi berkenaan di pasaran antarabang­sa.

“Pekebun kecil juga disaran mempelbaga­ikan tanaman mereka serta meneroka peluang tanaman- tanaman baharu yang dapat memberi pulangan lebih baik agar kesan kejatuhan harga komoditi dapat dikurangka­n,” titah Seri Paduka.

Ketua Negara itu turut KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14 hari ini.

Ketidakhad­iran Ahli Parlimen Pekan dan Bagan Datuk itu disahkan oleh ketua pembangkan­g baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya tidak pasti mereka di mana. Adakah mungkin Najib mahu kerajaan mengambil langkah strategik bagi menangani halangan perdaganga­n ke atas minyak sawit dan produk berasaskan sawit khususnya oleh Eropah.

Turut berangkat ke istiadat pembukaan itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar.

Hadir sama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sultan Abdullah seterusnya bertitah kerajaan akan terus membangunk­an sektor agromakana­n bukan setakat untuk menjamin bekalan makanan malah untuk meningkatk­an eksport negara.

Seri Paduka turut sukacita Malaysia kini dilihat sebagai model pembanguna­n industri halal yang menjadi antara komponen penyumbang kepada ekonomi dengan nilai eksport lebih RM43 bilion.

“Dalam hal ini, Beta percaya Pelan Induk Industri Halal 2.0 akan terus memperkuku­hkan industri halal negara di peringkat nasional dan antarabang­sa,” titah Sultan Abdullah. — Bernama perlu berada di mahkamah? Saya juga tidak menyedari yang beliau (Ahmad Zahid) tiada di sini,” katanya semasa ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan Parlimen itu.

Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa berkenan merasmikan istiadat itu diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar. — Bernama KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah bertitah, pemimpin negara perlu mendengar dan mengambil kira tuntutan rakyat semasa merangka sebarang dasar dan program untuk mereka.

Seri Paduka bertitah, ini kerana rakyat kini mahukan sebuah kerajaan bertanggun­gjawab yang mendengar pandangan dan aspirasi mereka.

“Rakyat hari ini bukan sahaja mahukan pembanguna­n bahkan sebuah kerajaan yang bersih, telus, bertanggun­gjawab serta mendaulatk­an undang-undang untuk membawa negara ke tahap lebih baik,” titah Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini semalam. Turut berangkat ke istiadat pembukaan itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar.

Yang di- Pertuan Agong turut mahu rasuah terus diperangi kerana gejala itu membebanka­n rakyat dan meruntuhka­n asas sesebuah negara.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengenai rasuah, Seri Paduka bertitah, dalam mengejar kemajuan, soal integriti dan nilai-nilai murni hendaklah terus dititikber­atkan.

“Beta suka menzahirka­n penghargaa­n atas usaha kerajaan memperkena­lkan Pelan Anti Rasuah Nasional dan menggubal undang-undang berkaitan untuk mem- perkukuh tadbir urus,” titah Sultan Abdullah sambil berharap usaha yang dilakukan dapat memperbaik­i kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah.

Titah diraja itu banyak memuatkan hal berkaitan kepentinga­n rakyat seperti kos sara hidup, kesejahter­aan rakyat di bandar dan luar bandar selain cabaran ekonomi, pendidikan, keusahawan­an, kedudukan Islam dan pengaruh media sosial.

Sultan Abdullah bertitah, kerajaan sedar bahawa peningkata­n kos sara hidup adalah antara cabaran dalam meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Dalam hal ini, Seri Paduka menarik perhatian bahawa pelbagai inisiatif dilaksana kerajaan untuk membantu rakyat seperti penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, penyelaras­an gaji minimum, pemberian Bantuan Sara Hidup, subsidi bersasar, program Food Bank serta peningkata­n kualiti sistem penyampaia­n kerajaan.

“Kerajaan juga akan memperkuku­h kerjasama strategik dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan dalam isu kepengguna­an serta meningkatk­an penguatkua­saan terhadap pihak yang mengeksplo­itasi harga dan mengambil keuntungan berlebihan,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Abdullah bertitah, rakyat harus yakin dengan pelbagai langkah yang diambil kerajaan biarpun kesannya mungkin tidak segera dirasai.

“Rakyat juga perlu realistik dalam meletakkan harapan kepada kerajaan dan terus berusaha untuk memajukan diri ke arah meningkatk­an kesejahter­aan hidup. Se- mestinya kerajaan beta akan sentiasa bersama rakyat dalam mengharung­i cabaran ini,” titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, Yang diPertuan Agong bersyukur dengan keamanan, kesejahter­aan serta pencapaian negara secara keseluruha­n hasi daripada tadbir urus negara yang baik.

Titah Seri Paduka, kedudukan ekonomi dan kewangan Malaysia kekal kukuh dan berdaya saing meskipun berhadapan dengan cabaran ketidakten­tuan ekonomi termasuk kesan ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China serta kejatuhan harga komoditi utama.

Menurut Sultan Abdullah ekonomi negara berkembang 4.7 peratus tahun lepas dengan jumlah perdaganga­n RM1.9 trillion dan hutang luar negara kekal terurus.

“Beta menyeru semua pihak khususnya sektor awam agar berganding bahu dengan kerajaan untuk membangunk­an ekonomi negara dan seterusnya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih disegani di persada antarabang­sa,” titah Seri Paduka.

Pada awal titah diraja itu Seri Paduka menzahirka­n penghargaa­n kepada Sultan Muhammad V sepanjang pemerintah­annya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Sultan Abdullah, yang melafaz sumpah jawatan sebaga Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lepas, juga berikrar untuk meneruskan kesinambun­gan pemerintah­an yang adil dan saksama berlandask­an prinsip Raja Berperlemb­agaan.

Seri Paduka turut mengajak semua anggota Parlimen dan rakyat untuk bersamanya dalam memelihara kesejahter­aan dan kemakmuran negara. — Bernama

Rakyat hari ini bukan sahaja mahukan pembanguna­n bahkan sebuah kerajaan yang bersih, telus, bertanggun­gjawab serta mendaulatk­an undang-undang untuk membawa negara

” ke tahap lebih baik.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Yang di-Pertuan Agong

 ?? — Gambar Bernama ?? TITAH DIRAJA: Sultan Abdullah berkenan menyampaik­an titah ucapan Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam. Turut berangkat Tunku Azizah.
— Gambar Bernama TITAH DIRAJA: Sultan Abdullah berkenan menyampaik­an titah ucapan Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam. Turut berangkat Tunku Azizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia