Utusan Borneo (Sarawak)

The Reds rapatkan jurang di belakang City dengan satu mata

Arsenal akhiri rentak cemerlang United sejak di bawah kendalian Solskjaer dengan kemenangan 2-0 pada aksi liga Ahad lepas

-

Pesanan dari hari ini ialah tiada siapa mengakhiri

” cabaran kami.

LONDON, England: Liverpool merapatkan jurang ketinggala­n di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan kurang satu mata ketika Manchester United tewas buat kali pertama dalam liga sejak di bawah kendal- ian Ole Gunnar Solskjaer di Arsenal Ahad lepas.

Chelsea sebelum itu memerlukan gol saat akhir dari Eden Hazard untuk mengikat WoIves 1-1 di tempat sendiri dengan saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan semakin sengit.

Hanya empat mata memisahkan pasukan di tangga ketiga, Tottenham Hotspur (61 mata) dan Chelsea di tangga keenam, dengan Arsenal di tangga keempat dan United di tangga kelima.

Satu tempoh keputusan hambar menjejaska­n peluang Liverpool memenangi kejuaraan liga yang pertama mereka sejak 1990 dan debaran penyokong kelihatan apabila ketinggala­n awal ketika menentang Burnley d i Anfield.

T e t a p i Roberto Firmino d a n Sadio Mane mas- men- d u a b u a h Klopp untuk ing- masing jaringkan gol anak Jurgen bangkit menang 4 - 2 , s e k a l i g u s m e r a - p a t k a n kedudukan di belakang City dengan 73 mata selepas City menewaskan Watford pada perlawanan hari Sabtu. “Pesanan dari hari ini ialah tiada siapa mengakhiri cabaran kami,” kata Klopp, di mana pasukannya hanya menang dua dari enam perlawanan liga terakhir. “Kami mempunyai gabungan bersaing kuat dan bermain dengan baik.”

United berkunjung ke Stadium Emirates dengan keyakinan tinggi selepas bangkit bergaya untuk menewaskan Paris Saint Germain (PSG) pada perlawanan pusingan kedua Liga Juara- Juara di pertengaha­n minggu.

Solskjaer memenangi 13 dan seri dua dari 15 perlawanan liga dan juga pertanding­an piala sejak menggantik­an Jose Mourinho, yang dipecat pada pertengaha­n bulan Disember tetapi mereka ketinggala­n seawal minit ke-12 apabila rembatan Granit Xhaka dari jarak jauh mengeliruk­an penjaga gol United, David de Gea.

Tetapi kedua- dua pasukan hampir menjaringk­an gol selepas itu dengan rembatan Fred terkena palang dan Romelu Lukaku gagal menyempurn­akan beberapa peluang terbaik tetapi pasukan tuan rumah menambah jaringan pada pertengaha­n separuh masa kedua apabila Pierre-Emerick Aubameyang menyempurn­akan satu tendangan penalti selepas Fred menjatuhka­n Alexandre Lacazette.

Kemenangan 2-0 itu membolehka­n Arsenal naik ke tangga keempat, satu mata di belakang Spurs dan juga bermakna mereka memintas United untuk tangga keempat liga, slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara selepas dua musim gagal.

“Kami mencipta begitu banyak peluang berbanding ketika kami menewaskan mereka dalam Piala FA,” kata Solskjaer. “Kadang-kadang ia berlaku, dua cubaan terkena bola dan kami juga mempu- nyai lima peluang terbaik Pengadil pastinya kecewa apabila beliau melihat semula insiden yang tidak sepatutnya tendangan penalti.

“Kami hanya cuba berusaha pada akhirnya tetapi gaga menemui rentak sebenar dan ia adalah salah satu hari d mana anda terpaksa menerimany­a.”

Jurulatih Arsenal, Unai Emery, berkata pemainnya telah memberikan segala-galanya “menentang pasukan terbaik ketika ini”.

“Kami bermain dengan kompetetif selama 90 minit dan saya fikir kami selayaknya dengan kemenangan ini,” kata beliau. “Kami boleh berasa gembira hari ini. Kami tahu Manchester United boleh menggunaka­n taktik yang berbeza tetapi kami mahu melaksanak­an pelan permainan kami dan saya fikir itulah yang kami lakukan.”

Kemenangan dicemar satu insiden di mana seorang penyokong Arsena menceroboh masuk ke dalam padang dan kelihatan menolak pemain United, Chris Smalling selepas tendangan penalti itu.

Arsenal kemudian mengumumka­n penyokong itu telah ditahan.

Pada perlawanan awal, Hazard menyelamat Chelsea dar kekalahan pada minit kecederaan dengan satu rembatan jarak jauh ketika seri dengan Wolves di Stamford Bridge.

Chelsea menguasai permainan tetapi Wolves membuka jaringan dari cubaan pertama mereka oleh Rau Jimenez pada minit ke-56.

Wolves membayangk­an tiga mata berharga ketika permainan berlarutan ke masa tambahan sebelum Hazard menjaringk­an gol penyamaan — AFP

Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

 ?? — Gambar Reuters — Gambar AFP ?? PENGGEMPUR SEJATI: Mane ceria selepas menjaringk­an gol kedua Liverpool ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Burnley di Anfield, Liverpool pada Ahad lepas. BENTENG KEBAL: Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno (kiri) beraksi tangkas menggagalk­an percubaan Lukaku (tengah) untuk menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Emirates, London pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters — Gambar AFP PENGGEMPUR SEJATI: Mane ceria selepas menjaringk­an gol kedua Liverpool ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Burnley di Anfield, Liverpool pada Ahad lepas. BENTENG KEBAL: Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno (kiri) beraksi tangkas menggagalk­an percubaan Lukaku (tengah) untuk menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Emirates, London pada Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia