Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Juara-Juara: Bersedia untuk satu kebangkita­n, laung Ronaldo

-

Impian Liga Juara-Juara buat Juventus kini bergantung kepada keupayaan Cristiano Ronaldo melakukan satu lagi kebangkita­n ketika juara Serie A Itali itu ketinggala­n 0- 2 kepada Atletico Madrid menjelang perlawanan kedua pusingan kedua di Turin hari ini.

“Kami tidak menjangka akan tewas 0-2 pada perlawanan pertama tetapi apa sahaja boleh berlaku, dan kami mahu memberikan respon yang hebat di tempat sendiri, di hadapan penyokong sendiri,” kata Ronaldo.

“Ini adalah malam yang hebat, perlawanan menarik: malam Liga Juara- Juara,” tambah beliau.

“Pasukan berasa yakin dapat bermain dengan baik dan begitu juga saya. Kepada penyokong, saya berkata: berfikir positif, mari terus percaya. Bersedia untuk satu kebangkita­n!”

Juventus membeli Ronaldo dari Real Madrid pada musim panas lepas dengan yuran perpindaha­n 100 juta euro, dalam usaha untuk memburu k e j u a r a a n Liga JuaraJuara buat kali pertama sej ak 23 tahun.

Penye r a n g b e r u s i a 34 tahun itu menyingkir­kan Juventus di suku akhir musim lepas untuk sekali lagi menafikan impian Juventus untuk memenangi kejohanan elit peringkat kelab di Eropah itu.

Jangkaan adalah tinggi di mana beliau boleh mengulangi hatrik yang membantu Real Madrid menewaskan Wolfsburg pada April 2016 ketika Real tewas 02 pada perlawanan pertama.

Juventus ntus sudah bangkit dari ketinggala­n n sebanyak lapan an kali di Eropah h – termasuk perlawaerl­awanan suku u akhir 1996 menentang nentang Real Madrid drid ketika muncul ncul juara.

Mereka a juga memenangi gi trofi Eropah h pada

1985 tetapi api sudah muncul n a i b j u a r a seban- yak lima kali sejak kejuaraan terakhir, termasuk dua kali dalam tempoh empat tahun terakhir. “C R 7 ( Ro- n a l d o ) b e r a d a di sini untuk itu,” tulis akhbar sukan Itali, Corriere dello Sport, tentang “satu perlawanan di mana Cris- tiano tidak melakukan kesilapan.”

“Beliau tidak dibeli untuk memenangi kejuaraan liga atau menambah jualan cenderahat­i, Juventus sudah lama mahu menamatkan menam bertahun- tahun kekecewaan.” kekecew Ronaldo m memenangi lima lim kejuaraan Eropah, E bersama Manchester United U dan danReal Real Madrid M dan sudah menjaringk­an satu rekod 121 gol, dengan 57 gol g terb u k t i penting.

Penjaring terbanyak terb Liga Juara-Juara untuk enam musim terakhir, beliau bagaimanap­un hanya menjaringk­an satu gol pada musim ini, mempamerka­n satu prestasi di bawah tahap sebenar seperti di Real Madrid.

Sejak menentang Atletico, beliau tidak menjaringk­an gol dalam liga dan sudah dipintas Fabio Quagliarel­la sebagai penjaring terbanyak liga, yang sudah menjaringk­an 20 gol berbanding 19 oleh Ronaldo.

Masalah bagi Juventus ialah mereka perlu menjaringk­an sekurang-kurangnya dua gol ke atas pasukan yang terkenal dengan benteng yang kebal.

Atletico – di tangga kedua La Liga Sepanyol ketika ini – belum bolos satu gol dari lima perlawanan terakhir.

“Semua orang tahu mereka adalah pasukan yang kuat, yang bertahan dengan sangat baik dan tidak mengambil banyak risiko. Mereka juga bermain dengan serangan pantas tetapi kami akan bersedia dan melakukan apa yang kami mampu untuk menewaskan mereka,” kata Ronaldo, yang sudah menjaringk­an 22 gol ke atas Atletico. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia