Utusan Borneo (Sarawak)

Irfan menganggap kemenangan pertama hadiah buat penyokong

-

Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim menyifatka­n kemenangan 2-0 yang diraih ke atas pasukan Melaka United (MU) malam Sabtu lalu adalah hadiah bermakna buat penyokong pasukan itu.

Ia kemenangan pertama dilakar di laman sendiri selepas tiga lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri iaitu 1-1 dengan PKNS FC, 2-2 melawan Johor Darul Ta`zim (JDT) dan seri 1-1 ketika bertemu Perak selain tewas 0-3 di tangan Pahang.

“Saya tengok penonton tetap datang untuk beri sokongan kepada pasukan (TFC) walaupun sebelum ini kita hanya kalah dan seri di tempat sendiri.

“Jadi saya pesan kepada mereka (pemain) supaya jangan lagi hampakan penyokong yang tetap setia datang untuk beri sepenuh sokongan kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Super menentang MU di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam Sabtu lalu.

Mengulas mengenai percaturan­nya meletakkan penjaga gol, Mohd Suffian Rahman sebagai kapten menggantik­an Thchetche, beliau berkata ia bagi mengurangk­an tekanan terhadap ‘Drogba Ganu’ yang masih belum menunjukka­n keupayaan sebenar biarpun muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Malaysia (sembilan gol) musim lepas.

Ternyata percaturan tersebut menjadi dan secara keseluruha­n jurulatih kelahiran Kelantan itu berpuas hati dengan prestasi cemerlang yang ditunjukka­n oleh anak buahnya malam tadi walaupun masih tidak dapat menandingi kualiti yang dipamerkan ketika menentang JDT sebelum ini.

“Kita ada masa yang panjang sebelum perlawanan menentang Selangor dalam tempoh tiga minggu lagi.

“Selepas cuti rehat tiga hari, kita akan adakan perlawanan persahabat­an dengan beberapa pasukan Liga Premier di Kuala Lumpur bagi mengekalka­n momentum pemain untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya yang tidak menolak kemungkina­n akan mengekalka­n pemain tertua Liga Malaysia (Mohd Suffian) sebagai kapten pasukan pada perlawanan akan datang. — Bernama JOHOR BAHRU: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim ( JDT), Benjamin Mora enggan terganggu tumpuan dek kerana jangkaan orang ramai terhadap pasukan itu.

Ini lebih- lebih lagi ketika bakal menerima kunjungan kelab Korea, Gyeongnam FC bagi aksi kedua Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam ini.

“Saya tahu jangkaan orang ramai tinggi sejak kami bertemu dengan kelab Jepun ( Kashima Antlers), tetapi saya rasakan pasukan telah memberikan tentangan yang terbaik dan kami gembira dengan keputusan dicapai.

“Tetapi esok (malam ini), ia adalah mengenai perlawa-

Saya tahu jangkaan orang ramai tinggi sejak kami bertemu dengan kelab Jepun ( Kashima Antlers), tetapi saya rasakan pasukan telah memberikan tentangan yang terbaik dan kami gembira dengan keputusan

” dicapai.

Benjamin Mora

Ketua Jurulatih JDT

nan yang berlainan. Kami perlu kekal fokus supaya dapat bermain sebagai satu pasukan dan keluarga.

“Jika ini dapat dilakukan maka saya pasti, semuanya akan baik-baik sahaja, esok (hari ini),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan di sini, semalam.

Mora berkata Gyeongnam adalah kelab seperti JDT - yang baharu menyertai ACL buat pertama kali namun beliau tidak memandang rendah kemampuan lawannya dalam mengawal permainan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Gyeongnam, Kim Jongpu berkata JDT adalah pasukan yang cemerlang buatnya kerana dapat memberikan saingan sengit ketika perlawanan pertama pering- kat kumpulan ACL.

“Sebenarnya saya juga tahu mereka telah membuat banyak pelaburan untuk mendapatka­n pemain berkualiti. Oleh itu, saya amat yakin perlawanan esok ( malam ini) tidak akan berlangsun­g dengan mudah,” katanya.

Perlawanan jam 8.45 malam ini merupakan peluang untuk JDT mencatat kemenangan pertama setelah tewas tipis 1-2 kepada Kashima Antlers di Jepun pada 5 Mac lepas — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Sain (empat kiri) bersama pasukan yang menjuarai pertanding­an tersebut.
TAHNIAH: Sain (empat kiri) bersama pasukan yang menjuarai pertanding­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia