Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Belia melakar kemenangan pertama

-

Skuad C Sarawak melakar kemenangan pertama pada kempen Piala Belia 2019 selepas mengejutka­n Sabah dengan kemenangan tipis 1- 0 pada perlawanan di Stadium Penampang, Kota Kinabalu petang kelmarin.

Gol skuad bimbingan Mohd Safri Amit itu dijaringka­n oleh pemain gantian, Ahmad Azri Azizi pada minit ke- 88.

Namun, hero sebenar Sarawak sudah tentu penjaga gol yang juga kapten pasukan, Aquila Abdul Rahman kerana berjaya menyelamat­kan sepakan penalti Sabah pada minit ke- 64.

Pengurus Pasukan, Phillip Jabu mengucapka­n syabas kepada semua pemainnya kerana memastikan skuad Sarawak C meraih kemenangan pertama.

“Secara keseluruha­n saya amat berpuas hati dengan persembaha­n semua pemain dan mahu momentum seperti ini diteruskan pada perlawanan seterusnya,” komen Philip ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, ketua jurulatihn­ya Mohd Safri Amit turut gembira dengan kemenangan sulung anakanak buahnya sambil bangga semua pemain berjaya mengikut pelan dirancang dengan baik dan bermain dengan penuh berdisipli­n.

Menurutnya, kredit wajar diberikan kepada semua pemain kerana mampu menyerapka­n tekanan daripada pemain- pemain tuan rumah yang mendominas­i sepenuhnya perlawanan pada babak kedua.

Sarawak akan meneruskan kempen Piala Belia 2019 dengan menentang Selangor pada 31 Mac ini.

“Saya mahu semua pemain mengekalka­n fokus untuk menghadapi Selangor nanti,” kata Mohd Safri.

 ??  ?? KEMENANGAN PERTAMA: Barisan kesebelasa­n utama Sarawak menentang Sabah dalam aksi kumpulan B, Piala Belia 2019 di Stadium Penampang petang kelmarin.
KEMENANGAN PERTAMA: Barisan kesebelasa­n utama Sarawak menentang Sabah dalam aksi kumpulan B, Piala Belia 2019 di Stadium Penampang petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia