Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA: Sarawak yakin skuad kabaddi wanita mampu perolehi emas

-

Sarawak yakin skuad kabaddi wanita mampu memperoleh­i pingat emas jika sukan tersebut dipertandi­ngkan pada temasya Sukan Malaysia ( SUKMA) 2020 di Johor akan datang.

Jurulatih Sukan Kabaddi Sarawak, Ganisan Punisamy berkata skuad kabaddi Sarawak kini menduduki tiga tangga teratas di peringkat kebangsaan.

“Pada tahun lalu, skuad wanita kita menjuarai Kejohanan Kabaddi Kebangsaan di Kuala Lumpur dan Terbuka Sarawak di Kuching.

“Jadi, kita yakin mampu mencapai sasaran pingat emas jika kabaddi dipertandi­ngkan pada SUKMA 2020 nanti,” katanya ditemui pada Bengkel Pengenalan Asas Kabaddi Sarawak di Stadium Tertutup Sibu, Ahad lalu.

Dalam pada itu, beliau juga yakin skuad lelaki mampu menghadiah­kan pingat jika mampu melepasi halangan pasukan lebih kuat.

Menurut Ganisan, skuad kabaddi lelaki Sarawak kini berada tangga keempat peringkat kebangsaan dan Wilayah Persekutua­n (Kuala Lumpur) di tempat pertama, Selangor ( kedua) dan Perak ( ketiga).

“Pasukan lelaki masa ini permainan mereka antara nombor dua dan tiga sahaja... ini kerana halangan kita adalah pasukan dari Selangor, Kedah, Wilayah Persekutua­n dan Perak.

“Setakat ini, mereka dapat melepasi halangan dan layak ke separuh akhir. Tetapi, jika lawan mereka peringkat kumpulan semua pasukan kuat peluang kita lebih sukar,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 25 peserta mengambil bahagian pada bengkel berlangsun­g pada 9 hingga 10 Mac lalu.

Bengkel tersebut memperkena­lkan sukan kabaddi kalangan pelajar sekolah dan golongan pendidik di Bahagian Sibu terutamany­a zon tengah Sarawak.

 ??  ?? BENGKEL: Peserta bersama penganjur pada bengkel tersebut di Sibu Ahad lalu.
BENGKEL: Peserta bersama penganjur pada bengkel tersebut di Sibu Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia