Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM, Petronas meterai usaha sama tenaga boleh baharu

-

UiTM Energy & Facilities Sdn Bhd ( UEFSB) menandatan­gani Surat Hasrat (LOI) dengan unit Tenaga Baharu Petroliam Nasional Bhd ( Petronas), untuk bekerjasam­a dalam membangunk­an loji tenaga kuasa fotovoltan solar berskala besar serta pengoptimu­man tenaga di kawasan kampus serta projek bumbung solar.

UEFSB ialah anak syarikat milik penuh UiTM Holdings Sdn Bhd ( UHSB), cabang pelaburan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak menyasarka­n untuk memanfaatk­an kekuatan dan pengalaman masing-masing dalam membangunk­an dan melaksanak­an projek tenaga boleh baharu serta pengoptimu­m tenaga.

“Kami sedang mengenal pasti peluang untum mamajukan loji tenaga fotovoltan solar berskala besar selain melaksanak­an program kecekapan dan pengoptimu­man tenaga, serta memasang jana kuasa solar di bumbung bangunan terpilih di kampus-kampus UiTM di seluruh negara.

“Menerusi lebih 30 kampus di seluruh negara, UiTM berpotensi menjimatka­n sehingga 30 peratus perbelanja­an tenaganya setahun,” menurut kenyataan bersama kedua-dua entiti berkenaan.

Hadir pada majlis penandatan­ganan LOI itu di sini pada 7 Mac, ialah Naib Canselor UiTM Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim, Naib Presiden Kanan Strategi Korporat Petronas Mohamed Firouz Asnan, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan UiTM Holdings Norzaimah Maarof dan Ketua Tenaga Baharu Petronas Dr Jay Mariyappan.

Mohd Azraai berkata: “Kerjasama ini akan mengukuhka­n kelebihan daya saing UiTM dalam sektor pendidikan tinggi ke arah menjadi universiti utama pertumbuha­n komersil yang cemerlang, untuk masa depan yang lebih mampan.”

UHSB kini memiliki loji kuasa fotovoltan solar berskala besar 61 megawatt ( MW) di Gambang, Pahang, yang memulakan operasi pada 8 Mac 2019, dan dijangka menjana lebih 80,000 MWh tenaga bersih setahun dan mencatat hasil sebanyak RM650 juta untuk tempoh 21 tahun.

UHSB juga telah memulakan pembanguna­n loji kuasa fotovoltan solar terbesar 31 MW di Pasir Gudang, Johor.

Loji solar itu apabila siap pada suku pertama 2020, dijangka menjana lebih 40,000 MWh tenaga bersih dan menyumbang pendapatan sebanyak RM315 juta dalam tempoh 21 tahun, dengan po- tensi mengelakka­n pelepasan 28,000 tan karbon setiap tahun.

“Menjelang 2020, UiTM, melalui dua loji tenaga solar berskala besar dengan kapasiti gabungan sebanyak 92MW, akan menyumbang kepada hampir empat peratus pengeluara­n tenaga boleh baharu Malaysia,” kata Mohd Azraai.

Sementara itu, Mohamed Firouz berkata langkah ke arah tenaga bersih penting untuk menjamin kelestaria­n perniagaan Petronas.

“Ia adalah sebahagian daripada strategi ‘Langkah Keluar’ syarikat ke dalam bidang perniagaan baharu yang membuka transforma­si sektor tenaga, dan memainkan peranan dalam melindungi perniagaan kami daripada gangguan masa depan,” katanya.

Petronas sudah pun menjalanka­n beberapa inisiatif di Malaysia yang bertujuan untuk membantu kerajaan memenuhi sasaran 20 peratus daripada tenaga elektrik negara dijana oleh sumber boleh baharu menjelang 2025.

Ini termasuk projek solar di atas bumbung pusat beli-belah Suria KLCC di sini, loji fotovoltan solar 10MW di Gebeng, Pahang, dan pemasangan dan penggunaan tenaga solar di bangunan dan aset Petronas di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia