Utusan Borneo (Sarawak)

Ratifikasi CPTPP perlu ambil kira pandangan pelabur asing: Ong

Pelabur melihat kedudukan negara di rantau ini bagi jangka panjang

-

KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysia mengenai sama ada setuju atau tidak untuk meratifika­sikan Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n TransPasif­ik ( CPTPP) perlu mengambil kira bagaimana pelabur asing akan melihat kedudukan negara dalam ASEAN, kata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Timbalan Menterinya Dr Ong Kian Ming berkata ini terutamany­a memandangk­an tiga kuasa dagangan utama - Singapura, Vietnam dan Thailand - sama ada telah meratifika­sikan perjanjian itu atau melahirkan minat untuk menyertai CPTPP.

“Katakan ketiga- tiga ekonomi paling terbuka di ASEAN ini sama ada meratifika­sikan atau sangat berminat menyertai CPTPP, manakala Malaysia berada di kedudukan di mana kini sedang menimbangk­an proses itu.

“Kita perlu mengambil kira bagaimana pelabur asing akan melihat kedudukan kita di rantau ini bagi tempoh jangka panjang,” katanya kepada pemberita selepas dialog eksklusif mengenai ‘ASEAN Integratio­n Outlook 2019’ di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata terdapat juga perbincang­an hangat tentang kemungkina­n China menyertai perjanjian tersebut.

“Walaupun saya tidak menjangkak­an China menjadi sebahagian daripada CPTPP dalam tempoh setahun dua ini, kita tidak boleh menolak kemungkina­n itu memandangk­an ketegangan perdaganga­n antara China-Amerika Syarikat,” katanya.

Ong berkata kerajaan optimis dalam berhati-hati bahawa rundingan mengenai satu lagi perjanjian perdaganga­n mega - Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) - akan mencapai kata putus tahun ini.

Menurutnya, satu bahagian perbincang­an yang belum mencapai kesimpulan dalam kalangan negara adalah tahap liberalisa­si perdaganga­n.

“Kami juga menunggu keputusan pilihan raya India untuk melihat pendekatan yang akan diambil oleh pentadbira­n baharu.

“Bagaimanap­un, saya rasa usaha untuk mencapai perdaganga­n yang lebih baik adalah sesuatu yang sebuah negara seperti India akan pertimbang­kan dengan serius tanpa mengambil kira pihak mana yang akan mengambil alih kuasa selepas pilihan raya,” katanya.

Mengulas mengenai kereta nasional ketiga, beliau berkata projek itu sedang dikendalik­an oleh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi ( MIGHT), agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Peranan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri adalah untuk menyelaras dengan MIGHT dari segi Dasar Automotif Negara (NAP) untuk melihat bagaimana kereta nasional ketiga sesuai dalam sektor automotif yang lebih besar.

“Kereta nasional ketiga bukan kereta terbang. Saya tidak melihat prototaipn­ya dan saya tidak mengetahui butiran terperinci kereta tersebut, tetapi tidak mungkin kereta terbang akan dikeluarka­n secara komersial.

“Apa juga yang dibangunka­n, adalah prototaip menggunaka­n dana awal sedia ada dan sekiranya ada pihak yang berminat dalam sektor swasta untuk melaksanak­an projek ini untuk mengembang­kannya, ia akan menjad hak prerogatif sektor swasta,” kata Ong.

Ditanya mengenai prestas pelaburan langsung asing Malaysia bagi 2018, beliau berkata: ”Saya amat yakin ia akan bertambah baik berbanding 2017 tetapi angka terperinci akan diumumkan menteri pada Khamis.”

Dialog eksklusif selama setengah hari itu dianjurkan oleh CIMB ASEAN Research Institute (CARI). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKLIMAT: Dr Ong Kian Ming (tengah) bersama Pengerusi Institut Penyelidik­an ASEAN CIMB (CARI Tan Sri Dr Munir Majid (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group Tengku Datuk Ser Zafrul Aziz selepas Sesi Taklimat CARI 2019 di Menara CIMB semalam.
— Gambar Bernama TAKLIMAT: Dr Ong Kian Ming (tengah) bersama Pengerusi Institut Penyelidik­an ASEAN CIMB (CARI Tan Sri Dr Munir Majid (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group Tengku Datuk Ser Zafrul Aziz selepas Sesi Taklimat CARI 2019 di Menara CIMB semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia