Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian STPM 2018 meningkat

Peningkata­n yang memberangs­angkan dalam semua kriteria pengukuran pencapaian

-

SERI KEMBANGAN: Pencapaian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2018 meningkat sebanyak Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 2.80 berbanding PNGK 2.76 pada 2017, kata Pengerusi Majlis Peperiksaa­n Malaysia Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Beliau berkata ini menunjukka­n peningkata­n nasional yang memberangs­angkan dalam kesemua kriteria pengukuran pencapaian itu jika dibandingk­an pada tahun sebelumnya.

“Seramai 666 calon STPM 2018 memperoleh PNGK 4.00, naik sebanyak 0.42 peratus berbanding 485 calon pada 2017.

“Lebih menggembir­akan 489 calon daripada 666 yang mendapat PNGK keseluruha­n 4.00 atau 73.42 peratus adalah daripada golongan B40,” katanya ketika mengumumka­n analisis keputusan itu di sini semalam.

Katanya, bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas juga mencatatka­n pertambaha­n iaitu 7,129 (16.63 peratus) pada tahun 2018 berbanding 6,408 calon (14.89 peratus) pada 2017.

Zul Azhar berkata, bilangan dan peratusan calon yang mendapat 5A dan 4A juga meningkat iaitu daripada 521 calon pada STPM 2017 kepada 673 calon dalam peperiksaa­n tahun 2018.

“Bilangan ini melebihi calon yang mendapat PNGK 4.00 iaitu 666 calon kerana terdapat tujuh calon yang tidak mendapat A dalam subjek Pengajian Am,” katanya.

Katanya, secara keseluruha­n kesemua 22 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaa­n STPM 2018 mencatatka­n peratusan lulus penuh melebihi 70 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

“Tiga subjek iaitu Biologi, Fizik dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menunjukka­n peningkata­n dalam prestasi lulus penuh iaitu lebih tiga peratus berbanding STPM 2017,” katanya.

Dalam pada itu, Zul Azhar berkata MPM telah memilih 20 pelajar terbaik mengikut kategori untuk diberikan anugerah.

Terdapat tiga pelajar istimewa terbaik dan seorang pelajar terbaik yang menghidap sakit kritikal turut diberikan penghargaa­n dan ganjaran khas.

“Buat julung kalinya juga MPM memberi anugerah kepada lima pelajar terbaik kategori B40. MPM turut meneruskan pemberian anugerah kepada seorang pelajar Orang Asli,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018, Nu Syahidah Hassan,20, (tengah) berkongsi kegembiraa­n bersama ibu bapa, Nurhidayah Mustafa, 50, dan Hassan Salleh, 53, selepas men gambil keputusan STPM di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, dekat Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018, Nu Syahidah Hassan,20, (tengah) berkongsi kegembiraa­n bersama ibu bapa, Nurhidayah Mustafa, 50, dan Hassan Salleh, 53, selepas men gambil keputusan STPM di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, dekat Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia