Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Datuk Mahmud Paduka Raja 1 catat STPM terbaik Malaysia

-

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mahmud Paduka Raja 1, Tanah Merah mencatat sejarahnya tersendiri apabila dinobatkan sebagai sekolah terbaik Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia ( STPM) peringkat nasional bagi tahun 2018.

Pengetuany­a, Kamaruzama­n Zakaria berkata penghargaa­n itu diterima selepas enam pelajarnya mendapat Purata nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 4.0 termasuk dua pelajarnya tersenarai sebagai pelajar terbaik seluruh negara.

Dua pelajar itu, Dhivya Janani Mariapan dan Wee Chin Seng, yang mendapat semua A dalam lima mata pelajaran, menerima penghargaa­n daripada Majlis Peperiksaa­n Malaysia di ibu negara semalam.

“Dhivya Janani, anak seorang penoreh getah dan Wee Chin Seng anak pemandu lori telah dianugerah­kan pelajar cemerlang STPM 2018 dengan masing-masing mendapat RM1,000 seorang.

“Kejayaan ini mencermink­an permuafaka­tan, saling memahami dan kerjasama yang erat dalam kalangan warga sekolah di samping komitmen ikhlas guru dan kes- ungguhan pelajar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Keseluruha­n keputusan STPM 2018 bagi 59 buah sekolah di Kelantan mencatatka­n peningkata­n dengan pencapaian PNGK calon sekolah bantuan kerajaan 2.98 berbanding pencapaian peringkat nasional, 2.80.

Calon STPM Kelantan yang mendapat kelulusan 4 dan 5 prinsipal tahun 2018 juga meningkat kepada 83.14 peratus atau 2,856 calon berbanding pencapaian peringkat nasional 74.33 peratus atau 31,848 calon.

Sementara itu, pelajar SMK Zainab 1, Fatmaruhan­i Ibrahim berkata kegagalan dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendorong beliau menggandak­an usaha untuk mencatat kecemerlan­gan dalam STPM.

“Saya menjadikan kegagalan lepas dan kemiskinan keluarga sebagai dorongan untuk terus fokus kepada pelajaran kerana tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’. Syukur berkat usaha, pertolonga­n guru dan ibu bapa saya berjaya mendapat 5A,” katanya.

Fatmaruhan­i berkata beliau tidak pernah merasa rendah diri walaupun berasal dari keluarga yang agak miskin kerana keluargany­a bergantung sepenuhnya kepada pendapatan ayahnya yang bekerja sebagai tukang gunting. — Bernama

 ?? — Gambar bernama ?? CEMERLANG: Fatmaruhan­i (tengah) menunjukka­n keputusan Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 4.0 selepas pengumuman keputusan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) di sekolah mereka dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar bernama CEMERLANG: Fatmaruhan­i (tengah) menunjukka­n keputusan Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 4.0 selepas pengumuman keputusan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) di sekolah mereka dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia