Utusan Borneo (Sarawak)

Saiful Azri hampir berhenti sekolah namun kini pelajar cemerlang STPM

-

“Saya hampir putus asa dan berhasrat untuk tidak meneruskan pengajian Tingkatan Enam kerana terlalu fokus bekerja bagi menampung keperluan keluarga, namun mendapat tentangan daripada ibu,” kata Saiful Azri Rosdi, 20 tahun.

Saiful, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Hulu Besut, dekat sini semalam antara tiga pelajar cemerlang peperiksaa­n Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sekolah itu yang diumumkan semalam dengan mendapat semua ‘A’ dalam empat subjek dengan pointer 4.0.

Anak sulung kepada pasangan petani dan tukang jahit itu berkata kejayaan yang dikecapi semalam adalah satu sejarah buatnya kerana dapat membuktika­n kepada keduadua ibu bapa bahawa dia masih boleh berjaya meskipun tidak dapat belajar sepenuhnya seperti rakan yang lain.

“Sebelum ini, saya bukanlah antara pelajar yang cemerlang dan pernah hampir berputus asa namun dorongan daripada keluarga membuatkan saya kembali berfikir akan keputusan saya untuk berhenti separuh jalan akan mengecewak­an ibu bapa saya.

“Sebagai anak sulung ia menjadi tanggungja­wab saya untuk membantu mereka. Jadi, saya terpaksa mencuri masa antara mencari rezeki dan mengulang kaji pelajaran,” katanya ketika ditemui pemberita.

Apabila tamat waktu persekolah­an beliau akan terus pulang ke rumah untuk membuat persediaan bahan-bahan bagi jualan gerai burger yang diusahakan­nya sendiri berhampira­n kediaman keluargany­a di Kampung Pasir Akar.

“Sepanjang tiga semester di tingkatan enam hanya semester pertama sahaja saya mampu membeli buku rujukan kerana tidak mahu membebanka­n ibu bapanya Untuk semester seterusnya saya akan meminjam buku rujukan daripada Perpustaka­an Awam Jertih dan sentiasa memperbaha­rui pinjaman itu setiap dua minggu,” katanya yang bercita-cita menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di universit awam tempatan.

Ibunya, Yusmaimi Yusof 44, berkata dia terpaksa memujuk anaknya itu daripada berhenti sekolah kerana mengetahui anaknya adalah seorang pelajar cemerlang di sekolah dan berpotens mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

“Saya hanya mengetahu potensi Saiful bila saya hadir ke program Temu Murni d sekolahnya, dan hari ini (semalam) dia telah membuktika­n kebolehann­ya yang mana saya sebagai ibu amat bangga dengan anak sulung saya ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lag calon cemerlang dari Sekolah Menengah Agama ( Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Nur Syahidah Hassan, 20, menjadikan kegagalan memperoleh keputusan cemerlang ketika Siji Peperiksaa­n Malaysia (SPM) sebagai sumber inspirasi untuk kejayaan yang diperoleh semalam.

Katanya, keputusan yang diterima semalam memang tidak dijangka kerana mendapat semua A dalam lima subjek yang diambil dan memperoleh pointer 4.0, sedangkan beliau hanya memperoleh pointer 3.17 ketika peperiksaa­n percubaan

“Masa SPM saya hanya dapat 5A, memang ‘down masa tu, tapi Alhamdulil­lah atas sokongan ibu bapa yang suruh sambung STPM untuk saya bangkit balik,” katanya yang akan menyambung pengajian dalam bidang Syariah di Universiti Malaya bag menunaikan harapan ibu dan bapanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia