Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar cemerlang pilih STPM jimat masa, kurangkan beban hutang

-

Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) Noor Nabilahuda Mohd Nazeri, 20, memilih menduduki peperiksaa­n itu untuk menjimatka­n masa selain mengurangk­an beban kewangan perlu ditanggung untuk melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad di sini berkata dengan meneruskan pelajaran di tingkatan enam, beliau dapat terus menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“Masa peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dulu saya mendapat 6A walaupun saya mendapat tawaran menyambung pengajian bidang yang saya minat iaitu perbankan muamalat di Universiti Teknologi MARA.

“Namun, saya mengambil keputusan untuk menolaknya selepas melihat STPM adalah jalan pintas untuk saya menyambung ke peringkat ijazah… lebih jimat masa dan tidak perlu tanggung beban hutang yang banyak,” katanya yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2018 peringkat negeri Melaka oleh Pengarah Pendidikan Melaka Datuk Abu Bakar Sahari di sini, semalam.

Noor Nabilahuda, anak kepada pasangan pesara tentera, Mohd Nazeri Ibrahim, 45, dan Zawati Embong, 40-an, berkata beliau tidak mengamalka­n sebarang rahsia atau petua tetapi beliau akan memastikan tidur seawal pukul 10 malam dan bangun seawal pukul 3.00 pagi untuk mengulang kaji pelajaran.

Anak sulung daripada dua beradik yang mengambil lima subjek itu berkata belajar pada waktu awal pagi lebih tenang dan apa yang dibaca mudah diingati.

Sementara itu, pelajar cemerlang STPM dari Sekolah Menengah Datuk Haji Talib Karim Noor iaitu P. Theebhashi­ni, 20, yang turut memperoleh PNGK 4.00 berkata beliau memilih menduduki peperiksaa­n itu untuk mencabar keupayaan diri.

“Semua orang cakap STPM susah namun saya lepaskan tawaran untuk sambung pelajaran ke matrikulas­i dan jadikan STPM ini sebagai satu cabaran untuk diri saya,” kata anak bongsu daripada enam beradik itu.

Beliau yang tinggal di Taman Saujana Height, Lendu di Alor Gajah di sini berkata beliau bercita-cita menjadi pensyarah dan berhasrat menyambung pengajian di Uni- versiti Malaya dan Universit Malaysia Sabah.

Sementara itu, Abu Bakar berkata 1,160 calon STPM pada tahun lepas lulus penuh berbanding 1,290 calon pada 2017.

Beliau berkata pada tahun lepas, 564 calon memperoleh PNGK 3.00 dan ke atas berbanding 547 calon pada 2017 meningkat 6.15 peratus.

Beliau berkata sebanyak 23 calon memperoleh PNGK 4.00 iaitu masing-masing empat orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tingg Melaka dan SMK Yoke Bin masing- masing tiga orang dari SMK Munshi Abdullah SMK Gajah Berang; masingmasi­ng dua orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad SMK Seri Tanjung, SMK Tun Tuah dan masing-masing satu orang dari SMK Tun Haj Abdul Malek, SMK Datuk Haji Talib Karim dan SMK Pulau Sebang.

“Gred purata negeri pula ialah pada 2.89, meningkat 0.12 mata berbanding 2.77 pada tahun lepas,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Abu Bakar (tiga kanan) bersama para pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2018 peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Baru dekat Melaka, semalam.
— Gambar Bernama TERBAIK: Abu Bakar (tiga kanan) bersama para pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2018 peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Baru dekat Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia