Utusan Borneo (Sarawak)

Perintah berkurung baharu di ESSzone dilanjutka­n hingga 27 Mac

-

Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang bermula hari ini dilanjutka­n sehingga 27 Mac ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan serta Beluran.

Katanya, perintah berkurung yang baharu akan bermula esok pada 6 petang yang berkuat kuasa selama 24 jam.

Menurutnya perintah berkurung ini akan dilanjutka­n selama 14 hari mulai Rabu ini (13 Mac) hingga 27 Mac jam 6 petang.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytihar­kan antara jam 6 petang hingga 6 pagi pada tarikh dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Omar berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamata­n para penyelidik antarabang­sa menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

Beliau berkata perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat yang berada di kawasan daratan ESSZone.

Perintah berkurung tersebut akan memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamata­n, katanya.

Omar berkata berdasarka­n maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik bagi mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone bagi mengeluark­an permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Georgie (berdiri, tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama johan pertanding­an.
TAHNIAH: Georgie (berdiri, tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama johan pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia