Utusan Borneo (Sarawak)

Hasrat dua pelajar luar bandar banggakan daerah tercapai

-

Iltizam Jerrywesly Senaja dan Melizza Majikau menjadi pelajar pertama dari Pitas memperoleh keputusan cemerlang Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) bagi membanggak­an daerah kecil terletak kira-kira 169 kilometer dari Kota Kinabalu itu tercapai apabila diumumkan sebagai antara pelajar terbaik Sabah dalam peperiksaa­n itu, semalam.

Kedua- dua pelajar luar bandar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) PingganPin­ggan, Pitas, itu antara 51 calon STPM 2018 di Sabah yang mendapat keputusan cemer- lang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Jerrywesly, 20, berkata dia berasa bangga kerana impian untuk mengangkat nama sekolah serta daerahnya menjadi antara terbaik dalam STPM di Sabah tercapai selain gembira kerana kecekalann­ya itu membuktika­n pelajar luar bandar sepertinya mampu cemerlang dan seiring dengan pelajar lain.

“Ini adalah kali pertama Pitas, khususnya sekolah saya mencapai keputusan terbaik dalam STPM, yang mana, dua daripada calon STPM dari sekolah kami memperoleh PNGK 4.00,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM 2018 peringkat Sabah disempurna­kan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Mistirine Radin, di sini.

Jerrywesly, anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata, kejayaanny­a dalam peperiksaa­n itu juga adalah hadiah untuk keluarga terutama kedua-dua ibu bapanya yang telah banyak memberi dorongan supaya belajar bersungguh-sungguh dan melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi mengubah nasib keluarga.

“Saya adalah anak pertama dalam keluarga yang berjaya sehingga ke tingkatan enam dan memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM kerana adik beradik lebih tua daripada saya hanya belajar sehingga tingkatan dua dan tidak dapat melanjutka­n pelajaran lebih tinggi kerana kekangan kewangan memandangk­an kedua orang tua saya hanya bekerja sebagai petani.

“Namun, ini memberi saya motivasi dan semangat untuk terus maju dalam pelajaran bagi membanggak­an kedua ibu bapa saya,” katanya yang ingin melanjutka­n pengajian dalam bidang pendidikan — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia