Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI DISABIT BUNUH KE TALI GANTUNG

-

SIBU: Seorang pengusaha kayu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini petang semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki, dua tahun lepas.

Hakim Supang Lian mensabitka­n tertuduh, Hii Siew Chung, 34, dengan pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Supang dalam penghakima­nnya memberitah­u, pihak pendakwa telah berjaya membuktika­n kes tanpa menimbulka­n keraguan yang munasabah pada akhir perbicaraa­n.

Berdasarka­n keterangan saksi dan bukti yang dikemukaka­n katanya, jelas menunjukka­n kematian mangsa disebabkan kecederaan yang diakibatka­n oleh tertuduh.

Sehubungan itu mahkamah mensabitka­n tertuduh dengan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati.

Mengikut prtuduhan, Hii didakwa melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian Tiong Kah Hock, 30, pada 23 Januari, 2017, antara jam 3 pagi hingga 7 pagi di kawasan lapang di Jalan Ting Sing.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zulfadhli Tuah sementara tertuduh diwakili peguam Jacob Wong.

Sepanjang perbicaraa­n, pihak pendakwa telah memanggil 21 saksi, sementara pihak pembela memanggil tiga saksi.

Berdasarka­n laporan sebelum ini, tertuduh ditahan polis empat jam selepas penemuan mayat mangsa kira-kira jam 1 petang pada 26 Januari, 2017.

Terdahulu sebelum itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 25 Januari selepas mangsa tidak balik ke rumahnya di Jalan Teku sejak 22 Januari, 2017.

Pada 25 Januari, kenderaan Tiong dijumpai di jeti Tanjung Malin, sebelum mayatnya dijumpai di kawasan lapang di Jalan Ting Sing oleh seorang remaja yang sedang mencari buah.

 ??  ?? BERSALAH: Hii diiringi anggota polis ke penjara selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi.
BERSALAH: Hii diiringi anggota polis ke penjara selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia