Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi Rabies Sarawak diperluas

-

Operasi Rabies Sarawak seterunya akan diadakan di Kota Samarahan dan Padawan selepas projek perintis di daerah Bau dan Lundu berjaya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata siri kedua Operasi Rabies Sarawak itu akan diadakan selama 12 hari bermula 4 hingga 15 April 2019.

“Hari ini kita memutuskan operasi seterusnya ialah pada 4 hingga 15 April 2019 di daerah Kota Samarahan dan Padawan.

“Kita akan mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah yang akan memaklumka­n semua penduduk setempat termasuk di kampung-kampung mengenai tujuan operasi serta melakukan bancian jumlah anjing bertuan yang belum disuntik anti- rabies di kedua-dua kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pascanilai kedua projek perintis Operasi Rabies Sarawak di daerah Bau dan Lundu di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri ( JPBN) Sarawak berkata operasi kedua kali ini turut melibatkan semua agensi di bawah JPBN dengan anggaran 440 pegawai serta anggota terlibat.

Mengulas lanjut projek perintis Operasi Rabies Sarawak di Lundu dan Bau yang diadakan pada 1 hingga 10 Mac lepas, Uggah berkata 91 peratus anjing di Lundu berjaya disuntik vaksin antirabies manakala 81 peratus di Bau.

Selain itu, projek perintis itu telah berjaya memindahka­n 1,756 anjing terbiar di daerah Bau dan Lundu.

“Pada operasi perintis ini juga, kita telah memasang mikrocip pada badan 137 anjing di Lundu dan jika kaedah itu berjaya ia akan diperluask­an ke seluruh Sarawak.

“Mikrocip ini adalah pengenalan diri kekal anjing berkenaan yang menyimpan rekod- rekod vaksinasi dan pemiliknya,” jelasnya.

Mengenai kes seorang penduduk di Taman Hui Sing di sini, digigit monyet liar yang tular dalam media sosial baru-baru ini, Uggah berkata mangsa telah mendapat rawatan yang sama diberikan kepada mangsa gigitan anjing sebagai langkah pencegahan.

“Malangnya haiwan itu tidak dapat ditangkap, sudah lari. Kita berdoa ia tidak membawa virus rabies, untuk mengetahui ia pembawa virus, ujian sewajarnya perlu dilakukan,” katanya.

Beliau turut berkata enam mangsa gigitan anjing liar juga di Taman Hui Sing, telah diberi rawatan sewajarnya.

“Kami menasihati orang ramai yang digigit sama ada anjing, kucing atau monyet, basuh segera luka gigitan dengan air bersih mengalir selama 15 minit dan terus dapatkan rawatan di klinik rabies di hospitalho­spital kerajaan di seluruh Sarawak.

“Kita mahu mengingatk­an, ada kes sebelum ini mangsa mendapat rawatan di klinik swasta tetapi tidak dirujuk kepada hospital kerajaan untuk mendapat rawatan susulan, akhirnya meninggal dunia,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud dan Pengarah Unit Keselamata­n Negeri Datuk Dr Chai Khin Chung.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia