Utusan Borneo (Sarawak)

BOT PANCING MILIK WARGA TEMPATAN DITAHAN TNI DILEPAS HASIL RUNDINGAN

-

KUCHING: Sebuah bot pancing milik warga tempatan yang ditahan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilepaskan hasil rundingan dan persefaham­an antara Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia dan TNI, semalam.

Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan kira-kira 53.2 batu nautika ke utara Tanjung Datu sekitar jam 9 pagi kelmarin.

Menurutnya, bot tersebut yang membawa tiga kru termasuk seorang warganegar­a Indonesia serta 11 penumpang warga tempatan itu dilepaskan sekitar jam 2 petang semalam dan dijangka tiba di sini hari ini.

“Maklumat terbaharu, kemungkina­n bot akan sampai di Santubong Boat Club pada kira-kira jam 3 petang esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

APMM menerima laporan berhubung penahanan bot tersebut pada jam 8.30 pagi semalam selepas laporan polis dibuat oleh pemilik bot.

“Pemilik bot telah dihubungi oleh tekong pada jam 7.12 pagi tadi (semalam) melalui khidmat pesanan ringkas berkenaan kejadian tersebut,” jelas Robert.

Justeru, beliau menasihatk­an komuniti maritim khasnya agar menjauhi kawasan berhampira­n dengan sempadan negara jiran bagi mengelakka­n kejadian sama berulang.

 ??  ?? DILEPASKAN: Bot tersebut yang ditahan TNI pada Rabu lepas.
DILEPASKAN: Bot tersebut yang ditahan TNI pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia