Utusan Borneo (Sarawak)

KM setuju pindahkan lokasi stesen minyak: Penguang

Keputusan dibuat susulan kebimbanga­n, rasa tidak puas hati penduduk Kampung Cina Marudi

-

Hasil daripada pertemuan saya dengan YAB Ketua Menteri semalam (Rabu), saya ingin menyatakan bahawa isu penempatan semula cadangan pembinaan stesen minyak berkenaan telah diberi perhatian penuh dan tindakan segera.

disuarakan menerusi perhimpuna­n aman di pekan Marudi yang bukan sahaja disertai penduduk setempat tetapi juga orang luar dan ahli politik pembangkan­g peringkat negeri.

“Penempatan stesen minyak itu di Lot 170 Kampung Cina Marudi telah mencetuska­n banyak kontrovers­i, dengan parti politik yang berlainan turut menyertai mereka dengan menyemarak­kan perasaan penduduk setempat menerusi perhimpuna­n yang disifatkan sebagai ‘demonstras­i politik terancang’, serta kritikan dalam media dengan pelbagai tuduhan, kononnya atas nama memperjuan­gkan hak rakyat dan tentu saja untuk publisiti murahan,” ujar Penguang.

Menurut beliau, isu- isu seperti itu sepatutnya diselesaik­an dengan wakil rakyat mereka dan pihak berkepenti­ngan tanpa menggunaka­n taktik tidak beretika seperti berdemonst­rasi.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak sentiasa terbuka untuk berbincang dengan rakyat dan terlibat dalam dialog terbuka dan membina seperti yang telah dilakukan beliau dengan penduduk kampung baru-baru ini yang kemudianny­a membawa kepada pertemuan beliau (Penguang) dengan Abang Johari pada Rabu.

“Kerajaan sentiasa bersedia mendengar serta mendapatka­n maklum balas yang kami perlukan untuk membuat keputusan yang rasional demi kepentinga­n semua pihak iaitu kediaman Kampung Cina Marudi khususnya, orang Marudi umumnya dan Kerajaan Sarawak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia