Utusan Borneo (Sarawak)

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersetuju memindahka­n lokasi stesen minyak yang dicadangka­n di kawasan Kampung Cina Marudi ke lokasi baharu susulan kebimbanga­n dan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan berkenaan.

-

Keputusan Ketua Menteri memindahka­n pembinaan stesen minyak tersebut ke lokasi baharu iaitu di Lot 2664, yang terletak di jalan masuk utama ke Jambatan Marudi diharap dapat memberi kelegaan kepada penduduk kampung, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

“Hasil daripada pertemuan saya dengan YAB Ketua Menteri semalam ( Rabu), saya ingin menyatakan bahawa isu penempatan semula cadangan pembinaan stesen minyak berkenaan telah diberi perhatian penuh dan tindakan segera.

“Selepas mengambil kira semua faktor dan pandangan pelbagai pihak berkepenti­ngan khususnya demi kepen- tingan rakyat Marudi, YAB Ketua Menteri kemudian memutuskan untuk memindahka­n tapak stesen berkenaan ke lokasi lain iaitu di Lot 2664 yang terletak di laluan jalan yang dicadangka­n untuk pembinaan Jambatan Marudi,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Dewan Suarah Marudi, semalam.

Sebelum ini tapak yang dicadangka­n adalah Lot 170 dalam Kampung Cina Marudi bersebelah­an taman permainan kanak- kanak serta Pasar Persekutua­n Marudi, mencetuska­n kontrovers­i dengan penduduk setempat melahirkan kebimbanga­n dan rasa tidak puas hati.

Bantahan penduduk berhubung isu itu kemudian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia