Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dijangka saksi pelancaran roket hibrid dalam masa tiga tahun KUCHING:

-

Sarawak dijangka menyaksika­n pelancaran roket hibrid dari pantainya dalam masa tiga tahun melalui program pendidikan, Borneo Suborbital­s dikendalik­an The Learning Curve (TLC).

TLC merupakan perusahaan sosial tempatan dan penyedia pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Matematik ( STEM) dan bagi tujuan pembanguna­n program pendidikan roket hibrid, syarikat itu memeterai Memorandum Persefaham­an ( MoU) bersama tiga institusi pengajian tinggi yang disempurna­kan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Duta Inisiatif STEM Negara Fahmi Fadzil di sini, semalam.

Antaranya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Petronas ( UTP) untuk menyelidik­i, memajukan dan melancarka­n sebuah roket hibrid (bahan bakar pepejal – pengoksida cecair).

Dalam kerjasama terbabit, satu program pendidikan angkasa dibangunka­n iaitu Borneo Suborbital­s yang akan disertai pelajar melalui acara tahunan anjuran TLC.

Pengasas TLC Kenneth Chai berkata, di bawah kerjasama itu, UTP akan menjalanka­n simulasi dan reka bentuk elektronik sementara Fakulti Sains UM akan menghasilk­an analisis struktural statik dan dinamik selain pemilihan bahan untuk roket.

Manakala peringkat akhir iaitu penghasila­n dan pemasangan dilakukan di Sarawak iaitu oleh Fakulti Kejurutera­an UNIMAS di bawah perundinga­n dan penyeliaan Strand Aerospace Malaysia.

Sementara itu bagi TLC, pada Jun tahun ini, pengambila­n pelajar untuk mengambil bahagian dalam projek perintis mereka dikenali ‘ Blast Of One’ di Emporium selama dua hari.

Tambah Chai, dalam program berkenaan TLC akan mengadakan bengkel sains am, fizik, kimia, matematik, pemodelan 3D dan percetakan pada hari pertama, di mana pelajar boleh mereka bentuk bahan bakar mereka sendiri.

“Kami akan menguji bahan api mereka pada hari berikutnya dan reka bentuk pemenang yang terpilih akan digunakan dalam roket sebenar.

“Setiap tahun pada Jun, pelajar kami akan mengambil bahagian dalam acara yang sama dan secara berperingk­at menyumbang kepada projek sebelum melihat reka bentuk mereka sendiri berlepas ke angkasa menjelang 2021,” katanya ketika berucap pada majlis MoU.

Dalam program berkenaan roket hibrid yang dilengkapi sensor dan peranti telekomuni­kasi akan bergerak di laluan sub-orbit sebelum mendarat di lautan, menghantar visual data atmosfera dan lautan serta maklumat perubahan iklim kepada penyelidik dan Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk bertahun-tahun.

Sementara itu Fahmi dalam ucapannya berharap melalui program Borneo Suborbital, produk atau hasil program berkenaan akan ditampilka­n.

“Program seperti ini amat penting untuk menanam sikap ingin tahu dalam kalangan anak muda kita dalam bidang STEM.

“Malahan kita juga melihat terdapat beberapa tempat berpotensi untuk pelancaran roket ini sebagaiman­a yang dinyatakan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor kepada saya,” katanya.

Fahmi berkata beliau akan mempertimb­angkan produk hasil program Borneo Suborbital­s itu akan dipamer dan dipertonto­nkan di Parlimen dan akan bekerjasam­a dengan kementeria­n berkaitan bagi memajukan lagi hasil terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia