Utusan Borneo (Sarawak)

KUCHING: Lebuh Raya Pan Borneo digegarkan dengan deruman kira-kira 30 motosikal berkuasa tinggi yang memulakan jelajah ke Borneo selama 10 hari bermula semalam.

-

Peserta dari Jerman, Belgium, Taiwan dan Semenanjun­g Malaysia dipimpin FS Adventure Malaysia, sebuah syarikat pelanconga­n motosikal Malaysia.

Sementara itu Pin Sing Travel & Tours Sdn Bhd, sebuah syarikat pelanconga­n tempatan menjadi penyedia serta rakan kongsi khidmat profesiona­l serta logistik untuk pengembara­an kali ini yang melibatkan jarak perjalanan hampir 3,000 kilometer (km) termasuk beberapa tunggangan di laluan mencabar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang juga penggemar motosikal berkuasa tinggi hadir memberi semangat sekali gus melepaskan para peserta bagi memulakan hari pertama pengembara­an mereka.

Majlis ringkas tetapi penuh bermakna itu berlangsun­g di pekarangan Magenta Restaurant di Tebingan Kuching selepas Abang Johari meluangkan masa bersarapan dengan para peserta.

Abang Johari dalam ucapan ringkasnya berkata, selain Lebuh Raya Pan Borneo, Jalan Pesisir Pantai turut menjanjika­n pengalaman pengem- baraan menarik khususnya kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi yang inginkan cabaran.

“Minggu lepas saya mengembara di Lawas, pekan yang amat terpencil di utara Sarawak.

“Walaupun tidak menggunaka­n motosikal berkuasa tinggi, Ia bukan sahaja menjanjika­n pemandanga­n indah tetapi cabaran tersendiri dengan keadaan jalan yang belum begitu baik.

“Oleh itu, jadikan pengembara­an ini sesuatu yang indah dan memberi kepuasan tersendiri kepada anda semua sebagai penggemar motosikal berkuasa tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pin Sing Travel & Tours Sdn Bhd Sia Sung Leong yang turut menyertai kembara itu berkata, peserta ‘Borneo Adventure Rallye 2019’ akan mengenali Sarawak pada separuh pertama penjelajah­an mereka.

“Saya percaya para peserta akan melihat dan menikmati kepelbagai­an budaya, makanan dan alam sekitar di sepanjang laluan jelajah ini.

“Kami akan berhenti di Sibu, Miri dan berehat di Merarap Hot Springs Lodge di Lawas sebelum menamatkan penjelajah­an kami di utara Borneo,” katanya.

Penjelajah­an ‘Borneo Adventure Rallye 2019’ dipimpin oleh Penunggang dan Trophy Marshal BMW GS Faizal Sukree yang juga pengajar dan pemandu pelancong antarabang­sa bertauliah BMW Motorrad.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia