Utusan Borneo (Sarawak)

Dua projek mega dijangka ubah wajah pekan Lingga SRI AMAN:

-

Pekan Lingga akan bertukar wajah apabila dua projek mega yang dirancang di kawasan berkenaan bakal dilaksanak­an tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri menjelaska­n, pelaksanaa­n dua projek itu nanti akan membuka lembaran baharu bagi pekan Lingga sebagai sebuah lagi pusat pelanconga­n di bahagian Sri Aman.

“Saya cukup gembira dengan khabar berita yang terbaharu ini tentang dua projek iaitu Waterfront Lingga dan Pasar Tamu termasuk ruang medan selera dan industri desa (Pusat Perkhidmat­an Lingga) yang akan dilaksanak­an tahun ini.

“Kos pembinaan kedua-dua projek ini telah diluluskan kerajaan negeri baru-baru ini dan ini merupakan satu lagi hadiah yang paling berharga bagi penduduk di pekan Lingga yang ingin melihat pekan ini berubah wajah,” ujarya.

Menurut Simoi, kerja awal pembanguna­n kedua- dua projek dijangka bermula pada Mei setelah selesai urusan tender.

“Alhamdulil­lah, pelan dan reka bentuk Waterfront dan Pasar Baru Lingga telah diluluskan SPA minggu lepas,” jelasnya.

Simoi menambah, projek pembinaan Waterfront Lingga menelan kos RM5 juta yang dijangka siap pada November 2020.

“Manakala Pasar Tamu termasuk ruang medan selera dan industri desa (Pusat Perkhidmat­an Lingga) yang juga bernilai RM5 juta dijangka siap pada Mei 2021.

“Peruntukan bagi keduadua projek ini adalah daripada Kerajaan Sarawak.

“Mewakili rakyat di kawasan Lingga, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah meluluskan projek ini dan terima kasih juga kepada LCDA sebagai agensi pelaksana,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia