Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Meriyu johan Pertanding­an Keceriaan dan Keselamata­n Kampung Daerah Lundu-Sematan KUCHING:

- Entangor.

Kerajaan Sarawak meluluskan sebuah lagi feri tambahan di Pangkalan Feri Triso, Batang Lupar bagi mengurangk­an kesesakan pengguna jalan pesisir ketika menggunaka­n perkhidmat­an tersebut.

Perkara itu diumumkan Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi yang memberitah­u, dengan tambahan feri itu, ia menjadikan jumlah feri yang beroperasi di situ tiga buah.

“Ini membuktika­n Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) peka dan mendengar akan keperluan rakyat luar bandar di kawasan pesisir negeri ini.

“Diharap dengan adanya tambahan feri ini dapat mengurangk­an tempoh menunggu terutama ketika musim perayaan dan hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St Andrew di Entangor di sini semalam.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, tambahan itu juga dapat melancarka­n lagi laluan di kawasan tersebut.

Malah katanya, ia juga dapat memenuhi keperluan penduduk khasnya pengguna jalan pesisir untuk menyeberan­g Sungai Batang Lupar di laluan Sebuyau, Triso di laluan Jalan Pesisir Sarawak.

Pada majlis itu, Julaihi memberitah­u, semua sekolah rendah dalam kawasan Sebuyau termasuk SK St Andrew Entangor dapat dihubungi melalui jaringan jalan raya.

“Kenderaan pun sekarang boleh sampai di sini dan parkir dalam kawasan sekolah.

“Saya cukup faham cabaran guru-guru yang mengajar di sekolah luar bandar seperti sekolah ini yang serba kekurangan dari segi kemudahan,” tegasnya.

Selain itu jelasnya, kerja baik pulih sekolah turut dilakukan Kerajaan Sarawak baru-baru ini bagi memberi keadaan yang lebih selesa kepada guru dan murid di sini.

“Namun, kecekalan dan usaha gigih para guru bersama guru besar dengan sokongan penduduk kampung, maka, sekolah ini dapat menempatka­n diri sebagai salah sebuah daripada tujuh sekolah rendah yang lulus 100 peratus dalam peperiksaa­n UPSR 2018,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau meluluskan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada PIBG SK St Andrew untuk menjalanka­n aktiviti sekolah.

Dalam pada itu, Julaihi memberitah­u, program ‘News In Education’(NIE) untuk 19 sekolah rendah termasuk SK St Andrew, Entangor bagi DUN Sebuyau yang melibatkan pembekalan surat khabar berbahasa Inggeri setiap hari masih diteruskan.

Turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Simunjan Awang Ahmad Awang Sadet, Guru Besar SK St Andrew Iskandar Sejili, Pengerusi PIBG David Ascie Entahil, Penghulu Merum Babu dan tetamu kehormat lain.

Kampung Meriyu dinobatkan sebagai johan Pertanding­an Keceriaan dan Keselamata­n Kampung Daerah Lundu-Sematan 2018 sempena majlis apresiasi komuniti daerah itu baru-baru ini.

Kemenangan itu melayakkan kampung terbabit membawa pulang hadiah hadiah wang tunai RM5,000, sijil berserta piala.

Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing dimenangi Kampung Sebako dan Kampung Stunggang Melayu Baru.

Kedua-dua kampung itu menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000 berserta sijil dan piala masingmasi­ng.

Kesemua hadiah disam- paikan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu pada majlis tersebut yang diadakan di Dewan Masyarakat Lundu.

Dalam ucapannya, Jamilah merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang menjayakan pertanding­an itu.

“Ia bukannya sesuatu yang mudah kerana memerlukan kerjasama antara komuniti untuk mewujudkan kampung yang ceria, selamat dan sejahtera,” katanya.

Beliau harap pertanding­an seumpama itu akan diteruskan pada masa depan sebagai langkah menarik kehadiran pelancong dan pada masa sama, meningkatk­an ekonomi penduduk Lundu dan Sematan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia