Utusan Borneo (Sarawak)

RM6 juta diperlukan untuk membina SJK Chung Hua, Bako KUCHING:

-

Dana sebanyak RM6 juta diperlukan untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, Bako yang dipindahka­n ke satu lokasi baharu di Samarahan.

Presiden Lembaga Pengurusan Sekolah-Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Jonathan Chai berkata, bagi tujuan itu satu majlis jamuan malam amal akan diadakan pada 29 Mac ini.

Jamuan amal yang juga sempena ulang tahun ke-35 lembaga pengurusan sekolah tersebut akan berlangsun­g di Sekolah Rendah Chung Hua No.3, Jalan Padungan dan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Melalui usaha-usaha kami, sehingga kini kami telah berjaya mengumpul dana lebih daripada RM1 juta dan kami berharap dapat mencapai RM2 juta pada jamuan itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kunjungan hormat terhadap Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Mengulas lebih lanjut mengenai sekolah tersebut, Tim- balan Presiden Rodger Chan berkata sekolah tersebut akan dibina di atas tanah seluas 3.48 ekar yang disumbangk­an pemaju Berlian Stabil Sdn Bhd.

Fasa pertama merangkumi dua blok 18 bilik darjah dan satu dewan serba guna lengkap dengan segala fasitili dengan anggaran kos RM6 juta.

“Kami berharap kerajaan negeri dan persekutua­n akan dapat menyumbang supaya kami dapat mencapai sasaran RM6 juta untuk membina sekolah ini.

“Sekolah ini akan bermula pada 2021 dan ini bermakna kerja pembinaan perlu dimulakan pada suku kedua tahun ini,” katanya sambil menambah kata, nama sekolah ini yang terletak di belakang Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sarawak akan dikekalkan.

Fatimah pada kunjungan tersebut, turut menyatakan sokongan penuh kepada usaha pihak lembaga sekolah mengumpul dana bagi membina sekolah berkenaan.

Malah beliau turut memuji komitmen pihak lembaga sekolah menubuhkan kelas bagi pelajar berkeperlu­an khas dan prasekolah di sekolah-sekolah rendah Cina di bawah pengurusan lembaga itu.

“Penubuhan kelas bagi pelajar keperluan khas ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan saya gembira mendapati beberapa sekolah di mana terdapat kekosongan bilik darjah digunakan untuk tujuan ini,” katanya.

Fatimah turut memberi komitmen akan membantu sebaik mungkin usaha lembaga terutama dalam memastikan pembanguna­n pendidikan pelajar di negeri ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia