Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar biasa terkejut raih 10A

-

SIBU: Meskipun bukan pelajar pintar dan cemerlang dalam peperiksaa­n biasa, Jose Emiliano Uzaraga menganggap keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehi­nya sebagai satu kejutan.

Anak kacukan Melanau, Cina dan Filipina ini mendapat 10A dalam SPM yang diumumkan serentak di seluruh negara, semalam.

“Kejayaan ini adalah yang manis lebih-lebih lagi kepada ibu bapa saya yang sentiasa menyokong dan meransang saya dalam pelajaran.

“Cuma saya tidak menyangka keputusan ini adalah sangat baik bagi saya meskipun ia bukannya sasaran saya.

“Bagaimanap­un, saya tetap bangga atas keputusan ini dan bersyukur kepada Tuhan atas kurniaan-Nya ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2018 SMK Sacred Heart di Dewan Centenary SMK Sacred Heart.

Jose turut memberitah­u pegangan agama dan sentiasa mendekatka­n diri dengan Tuhan adalah salah satu faktor kejayaanny­a itu.

“Saya sering berdoa dan sentiasa mendekatka­n diri dengan Tuhan selain belajar bersungguh-sungguh.

“Usaha sahaja tidak cukup kalau tidak ada berkat daripada Tuhan,” ujarnya lagi yang kelihatan ditemani ibu bapanya.

Ditanya mengenai rancangann­ya selepas ini, Jose bercadang melanjutka­n pelajarann­ya ke institusi pengajian tinggi dan belum bercadang untuk menerima tawaran belajar di tingkatan enam.

Sementara itu, Dennis Wong yang memperoleh­i 11A dalam SPM di sekolah yang sama turut beranggapa­n seperti Jose iaitu sentiasa mendekatka­n diri dengan agama dan Tuhan.

“Tanpa berkat daripada Tuhan, mungkin saya tidak mencapai keputusan sebaik ini.

“Ini adalah di luar jangkaan saya dan saya masih terkejut dengannya ( keputusan SPM),” katanya.

Wong memberitah­u, keputusan yang dicapainya itu terlalu tinggi kerana sebelum ini dia hanya menyasarka­n 4A.

“Bagaimanap­un, saya tetap gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana doa saya selama ini telah didengariN­ya,” katanya lagi.

Ditanya mengenai haluannya selepas ini, Wong berkata dia bercita-cita menjadi guru di sekolah rendah.

“Mungkin saya tidak menyambung pelajaran ke tingkatan enam kerana saya mahu menjadi guru di sekolah rendah.

“Keutamaan saya adalah Institut Perguruan Malaysia kerana cita- cita saya itu,” jelasnya.

Wong ketika ditanya mengenai tip untuk berjaya, memberitah­u tidak mempunyai jadual ketat ketika belajar.

“Apa yang penting saya tidak terlalu asyik bermain ‘game’ di telefon bimbit. Saya kurangkann­ya dan belajar mengikut kemampuan diri sendiri kerana saya tidak mahu membebanka­n diri sendiri.

“Tiada masa asas sebenarnya tetapi saya tetap mengulang kaji pelajaran apabila ada masa kerana saya mempunyai banyak kerja rumah untuk disiapkan,” tambahnya.

 ??  ?? TERBAIK: Wong (kiri), Jose (dua kanan) ketika bersama ibu bapa Jose pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2018 SMK Sacred Heart di Sibu, semalam.
TERBAIK: Wong (kiri), Jose (dua kanan) ketika bersama ibu bapa Jose pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2018 SMK Sacred Heart di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia